:: This blog share the story about a girl name 'Shikin", her life, her patience, her love, her journey and her hectic life ::
05 August 2013
:: Raya...Raya..Raya ::
Jika dulu my mum sihat walafiat dan dia juga lah antara insan yang pertama akan berada di dapur ketika pagi raya untuk menyiapkan juadah makanan di pagi raya TAPI kini my mum sakit dan baru saja mau beransur pulih dr penyakit "hemiplagia" atau lebih dikenali sebagai stroke/half body paralyze. Moga my mum cepat la sembuh dan kembali bertenaga seperti dulu.
Raya tahun ni juga adalah raya terakhir sebagai "solo". Cheewah !!!! Next year sudah kena beraya bersama dengan encik suami. Hope raya tahun depan 1st raya kat kampung saya lah ya. Hihihihi . Tahun ni saya bercuti raya agak lama jugak lah iaitu dari 8hb sehingga 13 hb hihihi.... Ini kerana saya mahu berehat dengan secukupnya. Kalau duduk office pon memang akan memikirkan kerja. The best is, QA/QC Department memang kosong sungguh pada tarikh tersebut, kerana kami bertiga telah sepakat untuk cuti dan naik cuti pada hari yang sama. (Sepakat membawa berkat...hidup QA/QC)
Tema raya ? Tahun ni tema my mum and dad "hijau petronas" di taja oleh diri saya sendiri...Heheh.... Manakala, saya pula akan mengenakan tema "light grey" bersama dengan en.tunang saya. Tahun-tahun kena sedondon la kan baru sepakat membawa berkat. Hahahah......
Ok, saya akan balik ke kampung halaman pada 7hb Ogos 2013 selepas berbunyinya punch kad jam 5.00ptg. Saya akan bergegas balik ke kampung untuk berhari raya. (padan muka aku x apply cuti pada 7hb tu). Tapi xpa, yang penting balik beraya di kampung halaman. Itu yg paling penting.
Ok, celoteh untuk hari ini sampai di sini dulu..Sampai ketemu lagi di coretan akan datang. Bye.
07 March 2012
:: like father like daughter ::


05 March 2012
06 February 2012
Kusimpan Namanya di Sudut Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Kusimpan namanya di sudut hati, Demi sebuah keredhoan, Ya Allah kuatkan hati ini, Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb.. Bantu kami, hamba-Mu, Yang mencari, Sedang mencari, Dan masih mencari, Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu, Tanpa digugat setitik bisikan nafsu, Yang ada hanyalah, Sebuah ketagihan cinta, Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman... Faqirnya kami, lemahnya kami, Sungguh tak terdaya, Segalanya milik-Mu, Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen, Namun ku gusar.. Dengan mujahadah ini, Apakah dia bisa setia, Apakah dia bisa menunggu, Apakah kami bisa tabah, Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati, Engkaulah Pemilik segala hati, Peganglah hati-hati kami, Peliharalah hati-hati kami, Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami, Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah, Hingga waktu menentukannya.. Ameen ya Rabb..