16 March 2012

:: engineer to be ::

  • Terasa sudah terlalu lama x update blog sendiri. Hal ini adalah disebabkab saya sudah mula bekerja bermula pada 12 Mac 2012..cantik kan tarikh itu..12/3/12. Itulah tarikh keramat saya mula bekerja sebagai QA/QC Engineer di WCT Construction Sdn.Bhd. Kelihatan agak janggal apabila sudah mula bekerja. Namun hari demi hari yang dilalui ternyata kehidupan bekerja ni sangat enjoy dan yang penting kita selesa dengan persekitaran kita, orang sekeliling kita dan yang lagi penting ialah semangat kita untuk bekerja.
  • Hari pertama lapor diri kat main office. sungguh tak disangka kerana pada hari pertama punch kad sudah berwarna merah. Homaigad !!!! ingatkan belum ada punch kad lagi, rupa-rupanya sudah ada. Terpaksa akur akan keberadaan warna itu di punch kad bulan mac ini. Semasa lapor diri, saya terus berjumpa dengan Jill (dia seorang perempuan). Dia telah memperkenalkan dengan beberapa orang staff d WCT tu. Yang paling penting, saya mula mengenali rakan se-engineer saya iaitu Naziha dan Juliana. Erm....muda2 belaka engineer yang bernaung di bawah WCT ni tapi..alhamdulillah....boleh get along dengan mereka. Mereka pun baik sebab banyak membantu saya yang baru ini. Thanks so much korang :)
  • Hari demi hari yang di lalui, tibalah masa untuk duduk di site office. Homaigadd !!! duduk dalam cabin office. Ianya bukan menjadi satu masalah pada saya kerana saya sudah biasa tinggal di dalam cabin office. Saya praktikal pun memang dengan kontraktor...so, xda masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan site. Pendek kata, quite familiar la tentang site ni.
  • Kerja sebagai QA/QC Engineer ? Oh...sememangnya mula2 agak blur !!! seyes blur !! beb ! but setelah di tunjuk ajar oleh QA/QC yang lebih senior iaitu Jue..alhamdulillah...everyday saya belajar benda baru dan beranggapan hari2 adalah my learning process. Insyaallah, saya akan berusaha untuk memahami setiap apa yang di ajar oleh sifi Jue :).
  • Kerja ??? Oh, sudah pasti 8:00 pagi masuk dan balik 5:00ptg. But then, kat office kitorang, heheheh....big bos suruh balik jam 6:00ptg. No problem for me also sebab kat rumah pun xda benda nk buat jugak. Lagi2 kalau balik kerja cuma perlu mandi, tgk tv, makan dan yang paling penting rehat dan tepat jam 10:00mlm akan tidur.
  • Waktu tidur ?? Oh, jika dulu masa belajar boleh la tahan sampai 2,3 pagi but then...sejak bekerja ni...tidur pun jam 10:00mlm. Terasa sangat kepenatan bekerja tu. Sebenarnya apa benda yang dipenatkan pun x tau la. Kerja kat opis xder la banyak pun. Lagi2 setiap kerja Jue akan bantu n dia akan memberikan tunjuk ajar.
  • Esok ??? Oh ya, esok adalah Sabtu..tapi harus di ingat !!! Esok adalah hari bekerja ya..Hehe...as usual 8:00-5:00 ops !! kalau ada bos 8:00-6:00. Insyaallah esok akan bangun seperti biasa untuk pergi bekerja. (harus set alarm nih).
  • Okey, thats all for now !. Nanti if ada cerita yang menarik tentang pekerjaan ini, akan di updatekan.
Chaw chin chaw !!!

14 March 2012

:: will update blog on weekend ::

memandangkan sudah bekerja di WCT CONSTRUCTION SDN.BHD keletihan sangat terasa... so, blog akan diupdate hujung minggu OK.. carita2 menarik akan di kongsi nanti..

07 March 2012

:: like father like daughter ::

Seperti pepatah melau pernah mengatakan bahawa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan kejayaan aku dan kakak ku yang sekaligus mengikut jejak langkah our beloved daddy. Memiliki ijazah dalam bidang yang berbeza-beza membuatkan ada kalanya cara pemikiran berbeza-beza. seorang kaunselor tidak akan sama pemikirannya dengan seorang engineer. Itulah perbezaannya. Namun begitu, itu bukan masalah utamanya, pokok persoalannya ialah, inspirasi kejayaan kami adalah sama iaitu bapa kami.
:: semasa menerima ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari UTHM,Johor::
:: semasa menerima diploma kejuruteraan awam, politeknik kota kinabalu ::
:: menerima ijazah sarjana muda kaunseling dari UPM ::
:: ijazah sarjana muda sastera bahasa melayu sebagai bahasa pertama dari UPM ::

:: someone like you.... ::

>>> to someone special that always be with me <<<

05 March 2012