05 August 2013

:: Raya...Raya..Raya ::

Menyebut tengang Hari Raya sudah pasti lah hati terasa sangat gembira.  Namun begitu, saya sendiri tak pasti sama ada harus berasa gembira atau bersedih.  Rasanya raya tahun ni memang tak sama seperti raya tahun-tahun yang lepas.  Banyak perubahan yang berlaku secara drastik dalam hidup ini.

Jika dulu my mum sihat walafiat dan dia juga lah antara insan yang pertama akan berada di dapur ketika pagi raya untuk menyiapkan juadah makanan di pagi raya TAPI kini my mum sakit dan baru saja mau beransur pulih dr penyakit "hemiplagia" atau lebih dikenali sebagai stroke/half body paralyze.  Moga my mum cepat la sembuh dan kembali bertenaga seperti dulu.

Raya tahun ni juga adalah raya terakhir sebagai "solo". Cheewah !!!! Next year sudah kena beraya bersama dengan encik suami. Hope raya tahun depan 1st raya kat kampung saya lah ya. Hihihihi .  Tahun ni saya bercuti raya agak lama jugak lah iaitu dari 8hb sehingga 13 hb hihihi.... Ini kerana saya mahu berehat dengan secukupnya. Kalau duduk office pon memang akan memikirkan kerja. The best is, QA/QC Department memang kosong sungguh pada tarikh tersebut, kerana kami bertiga telah sepakat untuk cuti dan naik cuti pada hari yang sama. (Sepakat membawa berkat...hidup QA/QC)

Tema raya ? Tahun ni tema my mum and dad "hijau petronas" di taja oleh diri saya sendiri...Heheh.... Manakala, saya pula akan mengenakan tema "light grey" bersama dengan en.tunang saya.  Tahun-tahun kena sedondon la kan baru sepakat membawa berkat. Hahahah......

Ok, saya akan balik ke kampung halaman pada 7hb Ogos 2013 selepas berbunyinya punch kad jam 5.00ptg.  Saya akan bergegas balik ke kampung untuk berhari raya. (padan muka aku x apply cuti pada 7hb tu). Tapi xpa, yang penting balik beraya di kampung halaman.  Itu yg paling penting.

Ok, celoteh untuk hari ini sampai di sini dulu..Sampai ketemu lagi di coretan akan datang. Bye.