06 May 2014

6.5.14 dan 6.6.14

Menyingkap tarikh hari ini 06.05.14, maka genaplah sebulan lagi aku akan menamatkan zaman 'single' ku.  Aku akan di ijabkabulkan pada 06.06.14 nanti di kampung halaman bapa ku d Kg. Pimping,Membakut.  Mmg lah majlis kena buat di kampung bapa aku sebab mama aku Chinese kan...Hehehe....

Bercakap tentang persiapan, alhamdulillah sekarang sudah 80% persiapan. Cuma sekarang dalam proses mengedarkan kad jemputan kahwin.  Banyak lg kad yang belum diedarkan...Namun, orang kata...slow2 la kan. Slowly but sure...Heheh...itu ayat Tour Guide kegemaran ku jika ke Bandung.

Memang macam-macam dugaan yang dilalui. Semakin dekat majlis maka semakin banyak la benda yang dijadikan isu.  Hehehe.....pendek kata, ada saja benda nak dijadikan bahan gaduh.  So, pada korang yang nak bertunang tu, adalah dinasihatkan supaya tidak mengikat tali pertunangan lama-lama ok. Hehehee....

Rumah pun aku dan tunang aku Lan dah beli.  Buat setakat ni, x mampu beli teres lg. kami beli condo saja.  Lokasi rumah kami ialah UUC3 aka University Utama Condo Phase 3.  Terletak kira-kira 8km dari rumah parent aku di Menggatal.  Aku memang nak sgt rumH yang dkt dgn rumah parent aku.  Nasib baik la di area perumah parent aku ni xda org jual rumah, kalau ada.....mmg aku nak je beli yang dkt taman ni. Apa-apa pun, alhamdulillah da dpt aset pertama iaitu sebuah condo fully furnished..

Nombor rumah kami ialah 2X-1-8 . Pilihan ini dipilih oleh en.tunang saya.n Angka 8 adalah angka yang bertuah untuk kami.  Sebab macam2 kenangan dengan angka 8 ni.  Rasanya sebab tu dia ambik rumah No.8 ni.  Tak kesah la tp aku suka sebab ianya berada di tingkat 1.  Pergi showroom aritu pun mmg giler2 punya jatuh cinta dgn rumah tu.  Harap bila dah siap, hasilnya adalah seperti mana yang dipertunjukkan di showroom.

Ok lah...nak berceloteh panjang tp mata dah mengantuk.Rasanya harus tidur  sekarang ni.  Ok, sekian saja coretan untuk kali ni.  Nanti ada story, aku akan update yer !.