16 April 2011

:: main masak-masak ::

  • Pertama sekali memang tersangat la boring bila hujung minggu datang menjelma. Lazimnya kami the Clay Dex akan menghabiskan hujung minggu dengan berjimba..namun semalam dah g berjimba...so, hari ni aktiviti main masak-masak kami lakukan di rumah. Idea ni tercetus secara spontan. Aku bab masak memasak kuih ni memang x da lah tau sangat. Mujur lah clay dex shie ni reti la buat kuih muih ni. Seperti minggu lepas resipi Vadeii..manakala minggu ni pula ialah kuih Keria. Oh, sedap sehingga x boleh nak kata apa lah. Serius sangat...masa buat tu terasa macam tengah main-main pulak. Hal ini kerana, aku kalau duduk rumah pun akan buat benda yang sama. Ketika mak aku sibuk membuat adunan kuih..part nak membentuk-bentuk tu aku memang cukup suka lah...sebab aku bole buat banyak jenis bentuk...Sometimes mak aku marah jugak hahha. By the way.....itu la yang sering aku lakukan. dan, semasa kes membuat kuih keria ni pun..aku memang x boleh bak buang perangai buruk tu hahaha.....Tapi aku nak cakap lah kan..kuih Keria tu memang sedap. Aku ni antara orang yang agak memilih jugak bab makan ni TAPI sampai part kuih ni....oh, memang sapu habis la. masa tgh buat pun da ngapp dengan baik punyer...... Huh...tetiba terfikir lak pas ni nak kena wat kuih ape plak...TAPI tu kena tanya shidah dulu dia reti ke x. Aku seorang penggemar kuih DONUT sebenarnya....Since skolah mmg suka donat hahah...tu masa sekolah rendah la....Naik sekolah menengah d Maktab tu....lazimnya kalau rehat akan makan butter bun dan coke...simple jer...minum coke sehingga dapat gastrik hahha..Pandai sgt kan.....
  • Sebenarnya, bila weekend jer sememangnya habit tido lambat tu akan makin menjadi2. Ni kalau balik Sabah nanti balik rumah gerenti mak aku kuarkan statement cm ni lg "aik, sudah jam 3 pagi blum tidur, nanti saya kasi minum ubat tidur baru tau" hahaha...sebab aku dah pernah kena ckp cam tu hahha...Risau mak... :) tapi, itulah hakikat seorang student kan. Macam duduk sini la, ada kerja buat sampai lewat malam, xda kerja dok senaman jari kat FB sehingga larut malam....xda kerja lagi dengar lagu..xda kerja lagi baca novel kalau da teruk sangat tahap gaban tu...xda kerja apa lagi...jimba time hahahha :)
  • Namun begitu, kepada semua yang berminat untuk membaca blog yang ntah ape-ape ntah ni...huhuh..semoga anda akan terhibur dengan gambar-gambar masakan yang di uploadkan pada minggu ini yer.....Ok..adios !

13 April 2011

:: PM Birthday Celebration 2011 ::

:: misi hari ini 12/4/2011 ::

  • Hari ini kami iaitu anak2 PS kepada PM Idrus telah merencanakan sesuatu bersempena dengan majlis ulang tahun PM yang ke 51 tahun. Bersesuaian dengan itu, kami pun merancangkan macam2 lah untuk PM kami tu. antara yang kami rancang kan ialah :
1. Beli Kek
2. Bagi Hadiah
3. Buat Card + Frame supaya PM leh letak atas meja dia
4. Buat Makan2 sikit
5. xkan makan jer kan..minum jugak la sekali :)
  • Ekspedisi hari ini ialah pergi ke Batu Pahat untuk membeli apa2 yang patut. Ekspedisi di mulakan seawal jam 4.00 petang. Bermulalah pengemberaan JKU yang di pandu oleh aku sendiri bersama dengan my fren Ecah. Lokasi pertama ialah Taman Parit Raja....ni pergi sebab nak amik Intan....(salah seorang anak PS Prof jugak). Selepas itu lokasi ke-2, kami pun ke Taman Universiti iaitu ke Kedai Gambar untuk mencuci gambar. Gambar itu yang telah d edit oleh editor yang tidak bertauliah iaitu aku. Hahah....(Maafkan saya PM, sy bukan seorang yang kreatif, tapi sy cuba jugak). Lokasi ke-3 ialah kedai RM2 untuk membeli frame yang bersesuaian dengan gambar yang telah di cuci...(xmampu beli yang mahal2....sbb tu g kedai rm2 jer). harga tak penting ok yang penting kualiti.
  • Setelah itu, lokasi ke-4 ialah Makmal Highway UTHM. Tujuan kami ke makmal ini bukannya saja2 tau..dan bukan juga untuk membuat eksperimen....tujuannya ialah untuk mengambil seorang lagi rakan iaitu Cik Wati. Setelah semuanya ada....Ops...sebenarnya xcukup lagi sebab ade sorang lagi iaitu Puan Afie. Hihihi..but dia x join hari ini. Perjalanan menuju ke BP Mall di mulakan dengan memandu pada kelajuan 60 km/j. Huh...kelihatan sangat berhemah yer..(padahal kalau kat highway tu klu x 130 x sah...)
  • Lokasi ke-5 kami ialah BP MALL ialah untuk mencari hadiah untuk PM kami ni. Mula2 nak belikan kemeja.....dah jumpa dah yg bersesuaian TAPI tak tau saiz la pulak. Maka perancangan itu terhenti di situ. Lokasi ke-6 pula ialah, kedai buku POPULAR yang sememangnya popular kat BP Mall tu. Hihihihi.....maka di situ ternampak la pen yang agak eksklusif untuk dijadikan hadiah kepada PM. So, kami pun memilih la pen yang berwarna putih sebagai hadiah. Walaupun harganya mungkin tak seberapa tapi pen itu memang sangat cantik...(sebab aku mmg suka kaler putih selain hijau yer...)
  • Seterusnya loaksi ke-7 ialah misi mencai kek untuk PM. Kek akhirnya berjaya di jumpai di kedai kek Family kat jalan shortcut nak g carrefour tu. Pernah g kedai kek tu before this sbb beli egg tart..masa tu kan gile egg tart sikit....skrg ni dah gile cheese cake plak. Kek yang di pilih jugak ialah kek yang berwarna putih dan sangat lawa...Seyes lawa....xsangka semua (4 org) kami sepakat untuk memilih kek tu...sehati sejiwa nampaknya dalam memilih kek. Hihihi.....
  • Lokasi ke-8 ialah untuk mencari kedai mengisi perut yang agak berkerongong. Sebenarnya dari bangun tidur kul 3.30 tu pun da agak pedih yer perut..Namun di gagahkan jugak....cari punya cari akhirnya intan mencadangkan untuk makan kat Johnnys Steamboat. Erm...aku kalau bab makan ni tak pernah nak menolak sebab aku makan jer semua benda kecuali la kalau makan kat kedai Vegetarian..Huh..mungkin aku xkan masuk kedai tu Hihihihi...... Makan punya makan....order punya order..huhu semua sedap kecuali air dia. Huh..semua sedap including desert aiskrim dia..but spoil bab air la....air teh pandan. Sebelum ni ak memang la minum teh dan aku tau teh campur pandan sebab my aunt kat JB klu g umah dia mmg buat teh bubuh daun pandan dlm teh tu..sedap la jugak.Tapi tu manis sbb ade gula....kat Johnnys ni hahahha...bapak segala tawar. Huhuhu...cian kepada mereka ber-3 yang makan tanpa meminum air. Aku minum jer la sbb dah x tanah akan kepedasan yang melanda diri. Huhuhu...tawar pun tawar la....hahahha...
  • Setelah selesai makan maka, perjalanan balik pun bermula..kami balik dan tiba d rumah pada jam 10:00 malam. agak penat but enjoy la sebab mencari2 barang untuk PM kan. Sambutan hari lahir supervisor kitorang. Ni bukan nak bodek tapi......menghargai jasa PM la..PM yang sangat baik dan sporting gitu....
  • Ok, seesok pagi akan pergi ke rumah Puan Afie untuk sesi masak-memasak. Hah..jgn x tau ok, kitorang akan masak sendiri..(sebenarnya tolong2 ape yg patut jer, yang masaknya afie n hubby dia). Hahaha.... So, sepetang esok iaitu jam 2.30ptg...sambutan hari lahir PM akan di adakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah UTHM. TQ to Kak has iaitu PA kepada PM yang siap membantu kami untuk buat surprise ni...siap booking kan bilik meeting lagi. Hope semuanya berjalan lancar la esok. Next story will be share esok OK ! ~adios~

11 April 2011

:: sedetik lebih.....presentation time ::

:: apabila di ajukan soalan oleh DR. ini lah jadinya..::
:: Senyum sebab dah present kan.... ::
:: org present kat depan...kita bgambo kat blakang.. ::
:: x habis2 ngn PEACE n kepala ala2 sharlinie dia... ::
:: oh...so cool nampaknya, padahal hbs present jer semua dok pakat meneguk air masing2::

04 April 2011

Zivilia Band - Aishiteru

:: Suddenly Rasa Macam Lagu Ni Lagu WAJIB DENGAR ::

::peristiwa di mesin ATM ::

Hari ni aku ada la kelas seawal jam 10 pagi. tak tahu la tu awal ka x kan but aku rasa awal la tu. gerak dari rumah pun da kira lambat jugak la di tambah pula kena singgah stesen minyak sebab minyak kereta aku da lip lap lip lap. So, singgah lah untuk mengisi minyak. Isi punya isi Ops.....jam da menunjukkan lagi 5 minit jam 10:00 pagi. Huh...punya la pecut nak g kelas. Aku kan budak bayek...mana pernah masuk kelas lambat hihihi.......
Ok, kelas pun berjalan seperti biasa dan berakhir pada jam 1:00 petang. Seperti yang di rancang, aku bersama Ecah memang akan ke BP bukan BP stesen minyak tu tau..ni BP yang aku maksudkan ialah Batu Pahat. Untuk tujuan apa, itu x penting untuk korang tahu hahaha...sebenarnya untuk menjelas kan saman parking MPBP. Padan la dengan muka aku sebab x pamerkan kupon parking kat depan cermin kereta. Kan dah kena hahahaa....selalu dah kena benda ni tapi x pernah nak beringat. Kat Melaka dah kena, Kat JB dah kena, Kat BP dah kena...hihihi padan la muka kan...BUT its only RM30 la..kalau RM 300 sah-sah la aku kena mintak bantuan kepada sumber utama aku iaitu Pa & Ma. Hihihi....ni pun ak melangsaikan saman ber-tong-tong bersama my fren Lyn. So, next tiime beringat2 lah kan.
Sebelum g BP tu, aku singgah la kat mesin ATM kat dalam U ni...tengah2 queue tu, aku d sapa oleh seorang budak. Muka ingatkan dak Semenanjung..x budget pun dia tu budak Sabah. Tiba2 dia tegur..(Ikuti Perbualan seperti di bawah ini :)
Budak : Kakak ni ex-PoliKK kan.
Aku : Ya, kenapa ya ? Macam mana tau ?
Budak : Saya junior kakak rasanya....
Aku : Oh, ya la..kakak batch2 awal2 tu...Kamu amik kos apa?
Budak : Saya Awam.....
Aku : Oh..sama lah kita tu bah.... (Bah tu wajib ok..)
Budak : Kakak ka yang sambung master di sini ?
Aku : Hah !! (Blurr Sekejap)
Aku pun menjawab.....ya, smbung sini.
Budak : Kakak ni adik Puan Shima ka?
Aku : Ya, saya la adik dia..kenapa sama ka muka kami ? Hihih
Budak : Ada la iras2 tu..sebab tu saya tegur.
Aku : Bah ok la..kakak mau akim duit dulu.
Budak : OK kak...(kami pun bersalaman) -End of the Story -
:: kesimpulannya, rupa-rupanya tanpa ku sedari ada jugak orang yang kenal aku dan aku x kenal dia.... ::

:: cinta tak bersyarat ::

:: suddenly terpost lagu ni kat blog.....tak tau napa but suka lak layan lagu ni. Bukan la bererti sedang bersedih atau berduka TAPI memang sedih pun hari ni. Macam semua yang di rancang tak menjadi especially planning bersama my lovely ClayDex... Huhuhu....Bila tau pulak Viva pada 16-20 Mei 2011... Hopefully akan ada miracle la yang terjadi. Mana lah tau tarikh tu di tukar ke tarikh lain yang lebih awal ka.......huhuhu TAPI itu sesuatu yang mustahil la kan...... Apa-apa pun..hanya mampu berserah dan pasrah... ::

02 April 2011

:: sejenak bersama adik ku sayang.... ::

:: mata ke mata ::

Nak dimulakan kisah mata ke mata ni..mmg betul la org kata...dari mata turun ke hati. Ni dah betul2 turun ke hati ni. Bermulanya kisah satu kehidupan iaitu memakai contact lense. Perkara ni sememangnya tak pernak aku lakukan sebelum ini sebab mak aku tak kasi pakai. Sebab tu la susah kalau rabun ni. Aku mempunyai banyak spek mata.Haha...ada 4 spek mata. Kerap buat spek mata mengikut keselesaan.
Bermula la kisah....geng ClayDex sebenarnya akan mengadakan satu percutian bersama2 pada bulen Mei nanti. So, untuk nampak lagi bergaya dengan spek mata hitam kena la mengenakan lense. Itu risiko bagi orang yang rabun. Spek mata hitam sudah ada d beli utk di bawa ke lokasi percutian.Konon nak bergaya la masa kat airport nanti.Hihihi.....
Ntah macam mana keberanian itu datang...huhu maka sepasang lense pun d beli iaitu berwarna hijau. Hijau juga merupakan my fav color. First time blajar pakai masa kat rumah...ntah nape la asal nak masukkan x masuk2 jugak..mungkin sebab takut but now...da mcm pro sikit la but still pakai bila kuar jenjalan jer...Hihihi..hijau itu lawa ok ;)Tengok la gambar kat bawah ni yang membolehkan anda mesti terpegun hahah.....tak pernah2 pakai lense tetiba pakai..hahaha rasa mcm tak puas pandang la juga sebab pakai spek is better than pakai lense aku rasa la.....
Solution yang d beli jenama Revita
dan
Sample mata.....