26 March 2014

:: Cinta Kilat ::

Kenapa aku memilih untuk mengupdate blog dan meletakkan tajuk "Cinta Kilat"?. Sudah pasti menjadi tanda tanya kepada semua yang membaca blog ini kan.  Cinta kilat bukan lah bermaksud kita suka bila adanya kilat tapi, dalam erti kata lain...cinta kilat ialah cinta yang pantas, sekelip mata, terang, jelas, zup...zup...zup...mcm kilat gitu....

Kisah hari ini ialah kisah tentang kehidupan aku sekarang.  Berumur lebih kurang 27 tahun 10 bulan .  Jika dahulu aku sendiri malas nak share pasal life aku but...sekarang aku rasa ianya adalah satu diary hidup aku.  Status ? Aku telah bertunang dengan seorang lelaki yang diberi nama Mohd Azlan Bin Janatun. Kisah kami sangat unik kerana semuanya bermula dari persahabatan.

Kisah kami sangat simple. Bermula semasa kami sama-sama dalam pengajian diploma di Politeknik Kota Kinabalu.  Aku mengambil Diploma Kejuruteraan Awam manakala dia mengambil Diploma Akauntansi.  Pada mulanya kami kenal sebab diperkenalkan oleh kawan-kawan.  Kawan baik aku Ratna adalah classmate dia yang amik course yg sama dengan dia. So, memang selalu la terserempak sbb kawan aku Ratna selalu jumpa aku.

Pada suatu hari, pada tarikh yg aku pun x ingat (xpenting sbb tu x ingat) tapi aku ingat tahun dia. Pada tahun 2006, satu salam telah dihulurkan kepadaku melalui kawannya yang mana kawannya itu aktif berpersatuan macam aku. Aku ialah Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik KK, aku juga Setiausaha Kelab Kaunseling dan Kerjaya, aku juga ialah Setiausaha Kelab Kejuruteraan Awam. Salam di kirim melalui kawannya yang sama-sama dalam Persatuan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik KK iaitu Hazizul. pada mulanya aku blur sbb aku x kenal siapa yg kirim salam ni. Info yang aku dapat ialah 'dia berbangsa brunei mcam aku jugak'.

Bila hari-hari berlalu, satu friend request masuk ke Friendster ku.  Orang itu menggunakan nama AzLan. Aku lihat profile picture dia dan lantas berkata 'oh, budak poli jugak'. Aku pun approved.  Kami rajin berbalas komen d Friendster (FS). Dia sgt jujur sebab semua benda yg aku tanya dia jawab dengan betul. Dia bgtau dia kawan Ratna, budak Dip.Akauntansi (DAT), kawan Hazizul PRS.

Kami pun berkawan la. Kawan kat alam maya selama bertahun-tahun tanpa sebarang prasangka.  Tapi apa yang aku dapat simpulkan, dia sgt caring dan supportive. Bila ada masalah atau stress study, dia akan bg aku semangat.  Banyak kenangan d FS pada masa itu. Kami bertukar no.hp dan pada suatu hari ketika aku main bowling dengan kawan2 aku....ada irg miscalled. No yang berakbir dengan angka 5959. Memang x layang la siapa yg miscalled.  Aku htr satu SMS untuk bertanya siapakah . Kalau setengah org mungkin diorang suka mempermainkan org lain kan.  Tapi dia ni pelik, terus jujur bagitau yang dia Azlan dan dia nampak aku d bowling sedang main bowling.Dia pada masa tu beza 3 lane dari aku.(Ternyata minat kami sama)

Setelah itu, dia tau yang aku sambung study ke Johor sementara pada masa itu dia bekerja d Lembaga Pertubuhan Peladang.  Seperti biasa hubungan di alam maya kami teruskan cuma kali ni up sikit.  Kami guna facebook pula.  Sering berbalas komen d FB dan sering kali dia suka komen setiap pic yang aku upload d FB.Kami memang kawan yg sgt mengambil berat antara 1 sama lain.

Tiba-tiba teringat kali pertama kami keluar berdua. Itu pun sebab dia nak jumpa aku sgt.  maklumlah aku di Johor manakala dia pulak di Sabah.Maka, pada 12 Feb 2010 adalah hari pertama kami keluar menonton wayang bersama. Masa tu confuse kejap kenapa dia memilih untuk menonton wayang bertajuk 'Valentines Day'.Aku pun layan la cerita tu sebab aku ni jenis yang layan semua jenis cerita. Hbs wayang kami makan d McD CP. Lepas makan kami pun pulang.  Masa tu dia x ada kereta lg .So, aku htr la dia pergi majlis kahwin d rumah kawan dia d Likas. Dia drive la Toyota Unser milik ayah aku yang aku pinjam setiapmkali aku balik Sabah.

Sekepas itu, hubungan alam maya kami teruskan lagi.Aku d Johor  dan dia d Sabah. PJJ atau lebih dikenali sebagai Percintaan Jarak Jauh. Memang susah kalau PJJ ni. Kalau x kuat memang boleh putus separuh jalan. Alhamdulillah kami berjaya melaluinya. Paling lucu bila dia 1st time nak jumpa my parent....siap bawak "Cheese Cake" pulak tu sebab dia tahu aku mmg minat cheese cake. Yang specialnya, cheese cake tu mak dia yang buat sendiri.  Kesian la jugak sebab dia bawak kek tu naik bas woo......(Masa tu dia dah beli kereta tapi dia tak bawak ke Ranau, sebab dia kata dia x guna sgt kereta d opis...opis dan rumah 7 langkah da sampai).
Aku masakkan dia spagetti je masa dia nak dtg rumah. (Hahah....western sangat tau aku)

So, bila my parent dah tau dgn siapa anak cute diorang ni berkawan, tiada lah masalah lagi sebab mereka pun dah kenal Azlan atau aku akan panggil dia "Lan". My first impression pada dia ni. Erm...seorang yg kemas, bergaya, pembersih, menepati masa dan cool.  First impression dia pada aku pulak (ni yang lucu nak bgtau ni..) dia ckp aku manja, anak bapak, keras kepala, bijak dan pendengar yang baik.  Dia x tau aku ni panas baran jugak.. Hahaha...

Almost 4 years kami PJJ dan lepas dia balik umrah bulan Feb.2013 dia kata 'jom bertunang'. Wo..wo..wo...terkejut beruk. Pasal dia ni tiba2 pulak nak bertunang. Siap tetapkan pulak tu semua. Kita tunang 8/6/2013 okey. Kita tunang setahun then tahun berikutnya kita kawin. (Wah..ni mmg gila ni...ingat ajak kawin mcm tu je ker?). Aku suruh dia cakap sendiri kat parents aku. Sebab aku bukan decision maker. Aku masih lagi ada my dad yg harus d hadapi. Hehehe...... Dia dengan confident ckp (Okey, nanti dia jumpa bapa....). Ok, kelihatan kali ini dia memang sangat serius.  Mungkin sudah terbuka hati. (Sebenarnya pernah dua kali dia ajak untuk bertunang tapi....aku ckp "selagi aku x hbs belajar, jgn la tunang2". Dia sgt faham pendirian aku. AKu bukan takut apa...aku takut dia x boleh jujur dengan aku sebab "PJJ". Dia d Sabah dan aku pulak di Johor. Aku risau nanti ada yang berubah hati.  So, jangan ambil risiko.

Setelah itu, upacara merisik dilakukan pada 25 Mei 2013. Sebelum itu, adat Brunei ni ada pelik sikit. Dia ada beberapa stage yang perlu di lalui.  Antaranya ialah :

1. Merisik

2. Bertunang
3. Hantaran (Naik Duit)
4. Majlis Akad Nikah

5. Malam Berinai(Malam Berbedak)
6. Majlis Jamuan Makan (Resepsi)

Maka dengan itu, kami terus gabungkan upacara (2) dan (3) pada 8 Jun 2013.  Kenapa 8 Jun ??? Ni ada sebab tersendiri.  Sebab yang utama ialah sebab kami berdua dilahirkan pada tahun 1986. Maka kami memilih tarikh 8/6 sebagai tarikh kami mengikat tali pertunangan.Kehidupan di jalani seperti biasa. Bersama-sama ini ada beberapa keping gambar ketika majlis pertunangan tahun lepas 8/6/2013.

Hantaran 9 dulang (dari pihak lelaki) berbalas 11 dulang dari pihak perempuan)

Coklat yang kami tempah untuk majlis pertunangan pada 8 Jun 2013

Kek Pertunangan yang di tempah khas d Gateu Cake House

Sekitar Majlis Pertunangan 

Antara kawan-kawan sekerja yang hadir

Future mother in-law menyarungkan cincin mengikat tali pertunangan

Merah adalah tema pada majlis pertunangan 8 Jun 2013



25 March 2014

Kerja Vs. Kerjaya

Waiting List Task to be Completed
Bila bercakap pasal kerja hari ini, memang tak dapat digambarkan.  Seperti masa yang ada sangat tidak mencukupi untuk aku menyiapkan semua kerja yang ada.  Syukur alhamdulillah kerana banyak jugak yang dapat disettlekan hari ni,

Namun begitu, orang kata kalau sibuk kerja itu normal la. Ini memang yang aku minat.  Aku suka kan cabaran. Aku bukan la seorang yang suka duduk opis goyang kaki.  Walaupun aku sememangnya di besarkan dalam keluarga cikgu tapi minat aku bukan la untuk menjadi cikgu aka guru atau pensyarah. Aku langsung tak minat walaupun aku ada Master in Civil Engineering tapi aku xnak la jadi pensyarah.  Aku suka kerja aku skrg ni.

Kerja aku skrg ialah QA/QC Engineer.  Kerja nyatak semudah yang di sangkakan. Agak mencabar minda n kena banyak membaca untuk menyiapkan satu2 method statement.  Kalau yang malas membaca tu, fikir berkali-kali sebelum jadi QA/QC Engineer ok. (Nasib baik la aku ni memang suka membaca dari kecil..sampai skrg ni still suka membaca Novel).  Kerja QA/QC ni dengan dibantu oleh 2 orang colleague lelaki iaitu Aslan dan Yazid.  Alhamdulillah, kerja kami memang susah sebab aku akan menjaga overall documentation, Aslan jaga Block A dan Yazid jaga Block B.  Aku kena bijak curi masa untuk turun site sebab aku terlalu terikat dengan masa sebab kerja aku banyak mengadap PC. (Nampaknya, akan bertambah rabun lah aku lepas ni..)

Jam menunjukkan pukul 6.00ptg namun aku masih lagi duduk di office.  Sebenarnya kerja aku ialah membaca method statement. Aku kena la baca n fahamkan dulu.  Bila aku dah faham, baru lah aku tahu mcm mana diorg akan buat d site nanti.  Org kata, biar kita faham dulu jangan buat sesuatu yang kita sdri tak tau apa yg kita buat. (Betul x).

Sebenarnya ada banyak perkara lagi nak d ceritakan tp...cukup la dulu kan. Nanti bosan pulak org nak baca hihihi....panjang berjela-jela mcm buar karangan pulak.  Ok...see on the next post yeah !


Adios !!

Nukilan : NORHASIKIN KASSIM

:: AWAL tapi LAMBAT ::

Bangun seawal mana pun di pagi hari tetap jugak lambat.  Semuanya adalah kerana, kemalasan untuk bangun awal pagi.  Bangun ja pagi terus kemas tilam n bantal semua.  Lepas tu terus masuk  ke bilik mandi untuk mandi. Lepas mandi baru nak iron baju kerja.  Aku seperti biasa, terkenal dengan seorang yang kemas, skema dan cool.  (Biasa aku pegi kerja mengenakan baju kemeja and Jeans and of cause la tudung kan).

Setelah siap, aku turun ke bawah untuk memasukkan ipad dan handpone ke dalam handbeg. (jgn ingat engineer g kerja x bawak handbeg tau..). Handbeg yang simple yang mampu memasukkan barang2 keperluan.  Aku pun dengan selamba start enjin kereta n panaskan enjin kejap.  Sempat main n kucing mak aku di rumah iaitu c kuning.  Lepas tu, aku pun bergerak la untuk ke opis. Dah drive lebih kurang 3km baru perasan HP xda pulak. Selalu  aku akan masukan HP aku (iphone 5) ke poket suar jeans aku. TP hari ni aku mcm nyanyuk sikit la pulak. Aku tertinggalkan d atas sofa d rumah d depan tv. Hurm....mmg sah la aku kena patah balik rumah n ambik.  Kalau x, habis la whtsapp arini terpaksa x dilayan.  (Masalahnya, semua urusan kerja masuk whtsapp).  SPM (Senior Project Manager) kitorang ni advanced sket, panggil meeting guna whatsapp jer.So, nampak x...nampak x...nampak  x betapa pentingnya handphone itu.

Aku dengan selamba drive kereta pada kelajuan 80km/j kerana yakin punch kad kat opis lambat 12minit. TP, to be honest la kan, aku x pernah mencatatkan dakwat merah ke punch kad aku selain dari hari pertama aku lapor diri untuk kerja d WCT.  (1st day report dah punch kad merah 8.15am)

Maka dengan itu, aku akan mengekalkan prestasi kehadiran yang baik ini.(Sebenarnya, dari zaman belajar dulu aku memang skema. Aku kena berada di bilik kuliah sekurang-kurangnya 15 minit awal daripada lecturer masuk). Sgt skema kan.  Alhamdulillah ,masa beajar dulu kwn2 serumah memang boleh ikut rentak aku yg kena dtg awl ke kuliah.

Ok, setelah itu aku sampai d opis jam 7.45am. Hihihi...still punch kad x merah lg hokeyyy. Budak skema lah katakan.  Dulu my colleague "Jue-QAQC" pun 1st impression dia kat aku...dia kata aku "skema". Memang kot kalau anak cikgu agak skema.  Masa study dulu, kalau org ponteng keluar curi2 dari ceramah kat dewan, aku adalah antara orang yang paling takut nak keluar dari dewan tu.  Sehingga lah beg aku semua kawan2 aku yang bawak. (So skema). Bukan skema, sebenarnya aku terlalu takut pada peraturan.  Memang di didik dengan disiplin yang tinggi.

Oleh itu, pagi ni duduk opis je.  Sepatutnya ada site walk jam 8.30am tapi big bos (Mr.Lee) cakap kat aku x payah pergi site sebab dah ada 2 orang QAQC lelaki yang turun.  Aku boleh la fokus on paperwork kat opis ni.  TP memandangkan aku agak malas, maka sempat la aku mencoretkan sedikit ke atas blog yang aku rasa lama betul aku x update.

By the way, any hot news or kalau ada apa nak share aku akan updatekn lagi.

Adios !

Nukilan : NORHASIKIN KASSIM

23 March 2014

Bila Engineer Berniaga

Bersempena dengan konvokesyen politeknik kota kinabalu yang ke-18, maka kami iaitu staff2 WCT telah membeli satu tapak perniagaan untuk menjana keuntungan dan mengasah bakat kami masing2.

Penempahan tapak perniagaan telah dilakukan dengan jayanya kerana kakak aku orang dalam politeknik. Semua settle dalam sekelip mata. RM700 untuk tapak gerai dan RM 100 untuk cagaran kebersihan gerai. Oleh itu, kami me-LIST down kan menu2 utama kami seperti :

1. Nasi Lemak Biasa
2. Nasi Lemak Telur Mata
3. Nasi Lemak Rendang
4. Mee Goreng
5. Bihun Goreng
6. Nasi Goreng
7. Maggie Goreng
8. Burger Ayam, Daging
9. Aneka jenis air minuman
10.Air kotak dan air tin.

Perniagaan kami terpaksa beroperasi di waktu malam sahaja selepas waktu pejabat.  Hal ini kerana kami adalah engineer di siang hari. ( Siang hari pegang pen, malam hari pegang sudip ). Ini pengalaman pertama aku berdepan dengan orang untuk ambik order, lap meja, buat air, buat burger dan yang paling menarik aku da terer membuat teh tarik.( Sangat mendapat sambutan teh tarik buih 2 inci aku tau....)

Kami berkampung d tapak niaga polikk selama seminggu bermula dari 17 - 23 March 2014. penat memang penat tp keuntungan juga sangat banyak. Sehari 600, 700, 800 tu keuntungan purata sehari gerai kami. Alhamdulillah kerana masih boleh berniaga dan menimba pengalaman. Sebenarnya memang penat tp bila memikirkan nak menimba pengalaman....mmg sgt menarik. Tiba2 terfikir mcm mana makcik2 pakcik2 yg mmg kerja dia berniaga. Tak penat kah? ( Aku seminggu pun terasa nak tecabut pinggang ).

Bak kata org2 tua, bersusah-susah dahulu ... bersenang-senang kemudian..(Kalau mak aku tgk aku tarik teh...mak aku bangga gila) Heheheh