27 August 2011

:: Raya oh Raya ::

::harapan ramadhan...::

Bila tibanya Ramadhan, semua orang pasti ada yang berasa gelisah dan ada juga yang berasa gembira. Hal ini kerana, datangnya bulan yang mulia ini hanya setahun sekali. Berkaitan dengan Ramadhan, ianya adalah bulan yang penuh dengan dugaan. Terlalu banyak peristiwa sedih yang berlaku dalam Ramadhan pada tahun-tahun yang sudah. Jika diceritakan satu persatu peristiwa sedih itu sudah pasti ianya akan mengamit kenangan masa lalu. Jadi, eloklah sekiranya peristiwa Ramadhan yang lalu itu dibiarkan berlalu. Jangan lagi menoleh pada perkara lepas.
Ramadhan tahun lepas adalah antara Ramadhan yang indah bagi diriku. Kerana ianya sangat membawa sejuta kenangan buat aku dan juga kawan-kawan ku yang sama-sama menyambung pengajian dalam Master in Civil Engineering di UTHM,Johor. Ramadhan lepas meninggalkan kenangan yang indah buat kami bersama. sehabisnya bulan Ramadhan, maka muncul pula bulan Syawal. Sehubungan dengan itu, terdapat peristiwa sedih di bulan Ramadhan tahun lepas apabila pada hari terakhir puasa iaitu pada 30 Ramadhan, Dia kehilangan kakak kandungnya yang selama ini terlantar di hospital akibat sakit buah pinggang. Maka dengan itu, Syawal yang lepas di biarkan berlalu begitu sahaja dan kami juga tidak menyambutnya bersama. Begitu indah perancangan kita namun habat lagi perancangan-Nya. Dia maha mengetahui, kita sebagai umatnya harus redha dengan ketentuannya.
Oleh itu, Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang pada tahun ini di harapkan akan memberikan makna buat dia sekeluarga. Begitu juga dengan kami yang terlalu excited nak beraya bersama-sama pada tahun ini. Tema?? hurm..tema tahun ini adalah dipilih oleh dia sendiri iaitu Merah Hati aka Maroon. So, aku pun telah berjaya membeli baju yang berwarna sedemikian yang dikehendakinya. Ngam x ngam warna tu nanti akan dipastikan pada hari raya pertama. Actually macam nak pakai kuning tahun ni, tapi dah dia kata Merah Hati, so...I follow....Insyaallah tahun depan akan memilih warna kuning kot...:) Raya tahun ni, kami akan balik ke kampung halaman my dad iaitu d Kg Pimping Membakut. Sebenarnya tahun-tahun pun memang akan balik beraya ke kampung my dad. Tidak ada giliran untuk balik beraya. Ini kerana, my mum adalah chinese, so dia x sambut raya bersama family. Thats why la kami balik ke kg my dad. Tapi harus d ingat, kami akan balik ke kg my mum pada tiap-tiap kali Chinese New Year sebab masa tu pulak family sebelah my mum akan berkumpul beramai2. Pendek kata 1 Malaysia lah katakan. Tapi, memang enjoy sangat sebab sambut Raya dan pada masa yang sama turut sama sambut CNY. Ini lah kelebihan kalau berdarah kacukan cina....Hahaha... ** Apa-apa pun...jom kita layan lagu raya di bawah ni. sure Best !!!!

26 August 2011

:: iftar at mcD Centre Point ::

  • Betul kata orang...Kalau persahabtan yang berlandaskan keikhlasan itu akan kekal selamanya. Aku berkawan baik dengan Syah,Azza dan Alizah semasa sama2 menuntut di Maktab Sabah,Kota Kinabalu. Kami boleh di katakan antara geng yang sangat penuh dengan cerita yang x pernah habis. Kami selalu menghabiskan masa bersama untuk study group dan lazimnya pada hujung minggu kami akan ke library KK untuk study sama2. Lepas study tu, kami selalu melepak d tempat yang sangat di gemari remaja kota pada ketika itu iaitu Centre Point. Tempat ni mmg agak unik dan kalau tawaf banyak kali pun x bosan.
  • Kisah kami banyak sangat, ada suka ada duka. Macam-macam dugaan yang terjadi juga dalam persahabatan kami namun semuanya dapat di lalui dengan penuh ketenangan. Bagi kami, masalah yang timbul sepanjang persahabatan kami itu membuatkan kami menjadi lebih matang untuk memikirkan setiap masalah yang timbul. Honestly, aku mmg sayang sangat kat bestfriend aku ni.
  • Aku sememangnya antara orang yang banyak kawan. Ini kerana aku pernah bersekolah di Lahad Datu selama 15 tahun dan aku mempunyai kawan2 aku sendiri di sana yang juga merupakan kawan baik aku. Pendek kata, berkawan biar beribu,bercinta biar satu...Cheewah..CInta aku memang satu jer pun....Xda yang lain...
  • Tadi, kami hanya dapat berkumpul ber-3, memandangkan Azza yang belum balik dari Uniten. Mengikut perbualan melalui laman sosial FB, Azza akan menaiki flight pada malam ini jam 10 malam waktu Malaysia. Oleh itu, xdapat la berkumpul semuanya. Namun begitu, dapat berkumpul dan berjumpa even ber3 pun tetap happening sebab kami ni, nama saja umur 25 tahun namun perangai tidak sesuai dengan umur. Tapi, itulah dikatakan awet muda kan...
  • Semasa makan, erm...topik perbincangan kami ialah berkisarkan tentang "kahwin" kami asyik cerita tentang kwn2 yang dah kawin. Ada yang dah beranak 2, ada yang beranak 2, ada yang sedang mengandung, ada yang baru nak kawin. Huh, masing2 sibuk menceritakan hal orang. Kami ??? Ntah siapa dulu antara kami ber-4 ni. Tunggu la dulu seru siapa yang sampai dulu. Apa yang pasti, orang kata....masa jumpa td nampak sangat childhood friend membesar depan mata. Masing2 dah matang, xder lg nak serabai2 macam dulu. Tapi perangai x pernah berubah ialah...saling membuli antara 1 sama lain..Itu yang unik dalam persahabatan kami.
  • Apa2 pun, harapan aku apabila aku dan Sya dah kembali untuk selamanya ke Sabah selepas menamatkan Master...kami semua akan sering berkumpul n hangout sebelum ada yang berkeluarga antara kami. Rindu nak buat perangai2 gila macam masa sekolah dulu. Hahahha...Ok lah, nanti akan diceritakan kisah susulan tentang our neverending friendship ini !!!

25 August 2011

::apa khabar mu di sana ??

Setelah sekian lama berada di Sabah, tiba2 hati kecil ini terfikir sesuatu. Apakah khabar kereta kesayangan ku yang kini berada di rumah pakcik ku di JB ? Oh, sungguh aku sangat merindukan kereta Myvi SE Ivory White yang di belikan oleh parent aku pada tahun 2008. Harap2 my Cik Teh berada dalam keadaan sihat lah di JB itu. Tunggu kepulangan saya pada 13 September 2011 nanti yer kat Senai International Airport. Selepas itu, saya berjanji akan membawa kamu untuk di servis, membuang segala sisa2 kotor yang ada dlm perut kamu (oil change lah..).
Myvi SE, sememangnya pilihan utama mak aku. Kalau ikut aku, aku meminati Satria Neo. Namun mak aku cakap "oh,susahnya kereta tu, ada 2 pintu sana". Maka terbantut la segala hasrat untuk memiliki Satria Neo. Namun, sekarang bila tengok orang pakai Neo terasa geram plak tgk kereta idaman itu...tapi orang kata x semua yang kita nak kita akan dapat kan...So, hadiah daripada my lovely parents ni sebuah myvi se yang sgt cute pun aku sangat suka jugak. sangat ekonomi dari segi minyak, laju tu boleh la tahan sebab ak pernah bawak 140 km/j kat highway from JB to Pt.Raja. BTW, honestly nak kata aku rindu kereta aku .......
Inilah kereta kesayangan aku....JKU ****

24 August 2011

:: kisah kita bermula di sini....::

Pertemuan itu sesuatu yang tidak di jangka...
Seluas lautan Pasifik...Sedalam jurang Mariana...Setinggi gunung Everest...
Namun, andai itu telah tersurat, maka semuanya akan berlaku juga.
Perkenalan itu bermula di suatu pusat pengajian yang di kenali sebagai
" POLITEKNIK KOTA KINABALU"
Tapi, amat menghairankan kerana sepanjang di Poli, tidak pernah sekali pun bertegur sapa. Kami cuma aktif di laman sosial yang dahulunya sangat terkenal sebelum adanya Facebook iaitu Friendster. Sering bertukar2 komen, bertanya khabar tanpa ada sebarang keraguan. Keselesaan dalam berkawan itu sememangnya wujud kerana ternyata dia seorang yang "Caring". Ber-SMS juga kerap itu pun setelah hbs poli dan masa tahun akhir Degree di UTHM.
Melihat kepada foto masa lalu membuatkan aku tersenyum sendirian kerana ianya adalah gambar yang di ambil 6 tahun lepas (lebih kurang) kerana kelihatan agak kurus di situ...Pasti ada orang yang tidak percaya jika melihatnya. Apa-apa pun, lets enjoy the picture below ok ...
:: Picture Atas = Gambar budak2 DAT iaitu kelas Lan (Diploma Akauntansi) ::
: Picture Atas = Gambar budak2 DKA iaitu kelas saya(Diploma Kejuruteraan Awam) ::

21 August 2011

:: bercinta ni bagaikan air pasang surut ::

  • Bercinta boleh di ibaratkan seperti air laut yang ada pasang dan surutnya. Kadang-kadang ada kalanya perasaan itu datang secara tiba-tiba dan ada kalanya perasaan itu hilang. Adakah itu cinta ? Namun kenapa dia seperti biskut chipsmore yang sekejap ada...sekejap tak ada ?. Kemusyikilan itu amat membingungkan seketika.
  • Kala sunyi datang bertandang, perasaan rindu itu turut sama meniti di dalam tangkai hati. Maka, bila perasaan rindu itu datang secara tiba-tiba hanya talian dapat d hubingi untuk melepaskan rindu. rindu merupakan sesuatu yang bersifat neutral. Ianya mempunyai pH 7 jika di ukur pada sifat kereaktifan kimianya. Rindu itu dtg secara tiba-tiba dan ianya sering datang pada mereka yang sedang mengalami percintaan jarak jauh.
  • Namun begitu, kadang-kadang bercinta boleh membuatkan seseorang itu berasa bosan. betul kah bosan? Sejauh manakah kebenaran ini ? Bercinta itu akan membosankan jika kita tidak ada topik untuk di kongsikan. Lazimnya, masa bercinta perlulah d manfaatkan untuk mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah melayu.....tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, barulah cinta.
  • Apa yang aku merepek ni ? Sebenarnya, aku saja nak kongsikan cerita tentang apa itu cinta. ini cinta menurut perspektif dan pandangan peribadi aku. Orang yang kita cintai tak semestinya kaya, tak semestinya berharta dan tak semestinya berkereta mewah. Cukup lah sekadar seorang yang bersikap sederhana dalam segala hal.
  • Jika di tanya kepada diri saya sendiri, sudahkah saya menemui cinta saya? Maka saya akan menjawab, saya sudah menemuinya dan Insyaallah dialah yang ditakdirkan untuk saya selamanya. Walaupun jauh, namun kepercayaan itu amat penting. Saling mempercayai antara satu sama lain....ya !!! itulah yang di tuntut dalam sesebuah perhubungan. Lebih-lebih lagi bagi yang melibatkan percintaan jarak jauh...itu seharusnya lebih trust each other.
  • Namun begitu, seperti awalnya bercinta itu semua indah. Namun, dalam sekotak kurma itu, tak semuanya manis. Pasti juga ada kurma yang kurang manisnya. Maka begitu juga lah dengan kehidupan kita. Sering di uji dan terus d uji untuk mengetahui sekukuh manakah sebuah ikatan cinta itu. Saya berdoa agar mereka yang sedang bercinta dan mereka yang sedang di cintai akan setia lah pada cinta. Sesungguhnya cinta yang kekal abadi itu adalah cinta pada yang maha agung iaitu Allah S.W.T dan cinta pada manusia hanya akan dapat d kecapi di dunia semasa mata masih terbuka, semasa nadi masih berdenyut, semasa perasaan itu masih ada. Olah itu, percaya lah pada cinta kerana cinta itu adalah sesuatu yang lahir dari hati seorang insan yang mulia.