14 April 2014

:: the new senior coming ::

Bila HQ bg tau ada seorang senior QAQC, hati terasa sangat gembira tak terkata seperti di hari raya. (ada kaitan kah hari raya ? ).  Ok, senior tu sudah semestinya lelaki lah kan. Tak tau la kenapa HQ mmg suka htr QAQC lelaki. Nasib baik la aku ni jenis yang boleh je masuk untuk bekerja dengan semua orang sama ada lelaki atau perempuan. Apa yang penting "kerjasama" itu seperti kata wonderpets la kan.

Nak dijadikan cerita, nama dia Khairul Anuar, berumur 36 tahun, lulusan UTM, bekerja di Sabah sudah 9 tahun dan berasal dari Terengganu.  Senior aku ni agak blur la jugak mungkin sebab dia baru lg kot. Di samping itu dia jugak agak slow sikit dan mungkin jugak sebab dia baru lg kot. Kita tak boleh judge terus la kan.  Kena la tengok sebulan dua ni.

Pada peringkat awal ni, ak pun tak tau apa keja dia sbb yg aku tau aku buat kerja aku. Part kerja dia tak kan la aku plak nak kena jaga kan. Mungkin dia lebih arif dalam kerja ni sebab aku baru 2 tahun 3 bulan keja dgn WCT ni. Hihihi....dia kan da veteren :)

Hopefully, dia xkan blur selalu. Mula2 memang la blur sbb masih learning process kan. TP after 3 month dia blur lagi. Memang melampau la tu kan...hehehe... Insyaallah tidak... :) Kalau dia blur lg...x tau mau ckp apa la.

Anyway, semoga boleh bekerjasama dgn QAQC Team KKMC yang gila2 sket hihihi...

06 April 2014

:: 2 months to go ::

Menghitung hari.....detik demi detik....masa ku nanti apa kan ada. Begitu indah sekali untaian lagu yang didendangkan oleh Krisdayanti.  Hari ini 6 April 2014 maka genaplah 2 bulan lagi sebelum tiba tarikh bersejarahku iaitu 6 Jun 2014.

Tarikh pernikahan ku adalah hasilmpilihan bapa ku yang mana beliau menginginkan majlis hari besarkundi raikan dalam 3hari..iaitu 6 Jun, 7 Jun dan 8 Jun.  Alhamdulillah persiapan kami telah diatur secara teratur. Terima kasih buat tunangku yang sentiasa sabar melayan kerenah ku yang byk cerewer (tp sebenarnya dia lg cerewet).

Persiapan kami sudah 80% siap seperti yang dirancangkan. Sekarang cuma perlu menunggu kad kahwin siap dicetak dan selepas tu boleh diedarkan kepada kawan2 yang berada di KK dan d Semenanjung. Kad kahwin kami agak unik sebab design mmg kami yang design sendiri. (TQ to my sister Nonoy sebab sudi tlg design kad kahwin kami)

Photoshoot kat studio juga sudah selesai, baju pengantin sudah di pilih, pelamin sudah ditempah, goodies bag sudah disediakan dan lain-lain lagi. (Tiba2 aku teringat baju nikah kami yang belum hantar ke dobi selepas siap dijahit). Kalau tunang ak tahu baju belum hantar pergi dobi, rasanya dia akan membebel jugak la.

Orang kata, tak baik tunang lama2. Memang tak baik pun. So, kepada sesiapa yang plan nak bertunang tu atau sedang bertunang......jgn tunang lama2 ok. Dugaan bertunang ni lain macam sikit. Asyik nak bergaduh ja kerjanya. Kalau dapat tunang yg x penyabar......mmg susah la. Gaduh benda2 yang bodoh pulak tu, Hihihihi.....(kesian tunang aku dpt org mcm aku ni).

Tapi tak mengapa, org juga kata "people change". Memang manusia akan berubah. berubah ke arah kebaikan. Insyaallah.... Okey, kesimpulannya aku dah mula menghitung hari yang cuma ada 2 bulan dari sekarang ni. Insyallah....doakan semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar semuanya.

Amin....