17 September 2011

:: diari seorang pelajar ::

  • Pada 13 Sept.2011 aku terpaksa mengembalikan diri semula ke alam sebagai seorang pelajar. Flight aku ialah pada jam 3.40 petang dari KK-JHB. Pada hari tersebut aku di hantarkan oleh kedua orang tua ku (mama & my dad). Terasa agak ralat kerana setelah sekian lama berada di rumah tiba masa untuk kembali ke kampus. Terasa sangat tersiksa jiwa dan diri ini. Selalunya balik dengan perasaan yang biasa namun kali ini, aku balik dengan perasaan yang tidak menentu. Mungkin kerana ada masalah sendiri bersama seseorang. Terasa sangat perasaan itu seperti mahu tak mahu nak balik. Tapi, harus juga balik kerana sudah tiba masa untuk meneruskan pengajian d semester yang terakhir. Insyaallah....jika tiada apa-apa halangan, aku akan menamatkan pengajian pada hujung Januari 2012 tahun depan. Doakan lah aku berjaya ya.
  • Perjalanan menaiki pesawat AK5465 mengambil masa selama 2J 20M. Entah kenapa pada hari tersebut aku terlalu penat. Mungkin sebab pada malam sebelum itu aku tidak dapat tidur kerana terlalu banyak perkara yang aku fikirkan. Bermula dari Sabtu malam tidak boleh tidur sehinggalah pada hari Selasa sebelum fly ke Johor. Huh, entah bila pesawat yang di naiki mula take off...yang aku sedar...setelah sejam penerbangan baru aku mula terjaga. Nampak sangat aku keletihan. Setibanya aku di Senai Airport, kereta ku my lovely JKU dah berada di luar siap sedia untuk di pandu untuk pulang ke Parit Raja. Nak di jadikan cerita, selalu balik cuaca OK but that day, otw balik tu hujan dan sehingga aku terlepas exit untuk masuk ke PLUS tol. Aku pun terus ke Skudai untuk mencari exit yang berdekatan. Aku berjaya masuk tol pada jam 7:00 mlm tapi sebelum tu aku singgah d Petronas sebelum tol untuk membeli sedikit makanan memandangkan keadaanku yang sangat memerlukan sesuatu untuk di kunyah kerana mengantuk. Pemanduan memerlukan masa lebih kurang sejam untuk sampai ke rumah. Sangat mencabar kerana memandu di hari hujan dengan banyak lori da pancaran lampu yang cukup memberikan kesilauan pada mataku yang sememangnya sudah rabun.
  • Setibanya di No.26 Jalan Manis 3, Taman Manis, Parit Raja Johor terdapat 2 orang housemate aku yang sudah berada di rumah sedang sibuk mengemaskan barang masing-masing. Begitu juga dengan aku yang mula sibuk memunggah barang dan mengemas barang serta pakaian2. Malam tu, setelah siap mengemas tepat jam 10:00 mlm barulah kami bertiga keluar ke Pop Cock untuk makan malam. Oh, sungguh lapar di tambahkan pula lidah aku yang terbiasa makan makanan di negeri sendiri....bila balik ke Johor semuanya serba tak kena kerana tom yam yang pedas, nasi goreng ikan masin yang pedas..huhuu...tapi its normal sebab baru jer kan. Nak kena tune balik lidah ni. Dah seminggu nanti ok lah tu.
  • Balik dari makan, seperti biasa...berbual2 kerana banyak sangat yang hendak dibualkan disebabkan 4 bulan x jumpa. Hihihi...lepas tu maka kami pun tidur sebab masing-masing pun letih. Keesokannya, kami ke U untuk menghadiri Jamuan Hari Raya U. Oh, kami kalau bab makan memangtak pernah ketinggalan. Tak kira itu makan free, makan kenduri, makan segala makan lah....kami pasti ada. Hahaha...Terbaik sangat sebab bila ada orang ygn di kenali memberikan aiskrim sekotak hahha......sangat lah suka. Tanpa rasa malu angkat jer sekotak tu berlegar2 di kawasan padang kawad palapes tu. Nak malu ape kan...sbb tu kan hak kita sebagai pelajar..Ko ada ? hahha...:) Okey lah, will share story lain bila ada mood nak tulis blog ok.

10 September 2011

:: akan ku teruskan perjuangan ini ::

  • Bila bercakap tentang perjuangan, semamangnya ianya merupakan satu skop yang luas. Pejuangan membawa maksud yang sangat besar. Berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Maka begitu juga lah yang terjadi dalam kehdupan kita sehari-hari. Perjuangan untuk menuju kejayaan. Mudah di lafazkan kerana lidah petah untuk berkata namun, adakah dengan kudrat tulang empat kerat ini mampu untuk melaksanakannya? Itu lah yang menjadi persoalannya.
  • Seperti apa yang sedang ku alami. Aku kini sedang berjuang untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang mahasiswi yang sedang berada di salah sebuah IPTA untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana. Mudah pada nama tapi tidak pada hakikatnya. Mengambil jurusan Kejuruteraan Awam, adalah kesinambungan daripada apa yang aku dapat sebelum ini iaitu Diploma Kej.Awam dan Ijazah Sarjana Muda Kej.Awam. Ini lah perjuangan yang akan ku tempuhi apabila naik sem ini. Sem akhir pengajian adalah sem yang sangat mencabar. Begitu banyak yang perlu di buat dan ianya bertitik tolak juga dengan kekandan masa.
  • Aku akan kembali ke Johor untuk meneruskan sem akhir pada 13 September 2011 bersamaa dengan hari Selasa minggu hadapan. Kenapa aku balik hari Selasa? Ini kerana tiket balik hari tu adalah di beli pada tahun lepas ketika AA mengadakan promotion. Tiket aku cuma berharga RM 44 termasuk tax. Sangat murah bukan. Tapi, bila kembali ke Johor, maka akan bermulalah kisah sebagai seorang mahasiswi yang sibuk dan sudah pasti lah, makan, minum,tidur dan rehat semuanya akan menjadi tidak teratur disebabkan kerja yang berlambak-lambak. Harap dapat gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.
  • Berikut ialah checklist yang aku dah buat ketika cuti ni dan akan di laksanakan apabila sudah balik ke Johor nanti :
1. Berjumpa dengan Supervisor dan Co-Supervisor
2. Print Out borang soal selidik.
3. Minta surat daripada PPS untuk kebenaran berurusan dengan semua pihak.
4. Edarkan borang soal selidik kepada semua responden.
5. Menganalisis data soal selidik (SPSS)
6. Sediakan Data-Based untuk ASCIE UTHM.
7. Sediakan tesis (menaip dan terus menaip)
8. Bertemu dengan S/V dan minta pendapat/komen untuk penambahbaikan.
9. Kalau rasa stress wat tesis kena ada terapi minda sikir..iaitu jalan2,soping2 atau karok2.
10.Insyaallah, semuanya akan dapat di selesaikan dan akan VIVA padahujung bulan 12 nanti dan akan menamatkan pengajian pada hujung Januari 2012 nanti..Insyaallah....(doakan saya ok)
  • Oleh itu, di sebabkan semangat yang ada dalam diri ni seperti air pasang surut dan juga seperti terang dalam gelap...semangat untuk meneruskan perjuangan ini adalah dari ramai pihak seperti family, kawan-kawan dan juga my <3 one. TQ sebab jadi tukang support yang tak pernah jemu. Love u all...

05 September 2011

:: 3 kata ::

Selepas menyukai lagu aishiteru dari zvillia band, kini aku mula gila akan lagu ini...cukup bermakna lagu ni ;)

:: aidil fitri 2011 ::

  • Bila sebut pasal raya, semua orang pasti akan gembira...sebab setelah puasa haruslah sambut hari raya. Seperti tradisi setiap kali raya, kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman kami di Kg.Pimping,Membakut yang terletak di daerah Beaufort. Jaraknya tidak lah begitu jauh dengan KK tapi boleh la tahan kalau balik musim perayaan ni kesesakan lalu lintasharus d tempuhi. Kami balik ke kampung 2 hari sebeluh hari raya. Hal ini kerana kami harus mengemas rumah yang tersergam indah d kampung itu.
  • Nak di jadikan cerita, raya d kampung aku sememangnya cukup meriah dengan dentuman mercun, cahaya warna-warni bunga api dan juga lampu pelita yang di pasang pada setiap rumah. Terasa indahnya beraya di kampung. Bercakap tentang persiapan raya tahun ni,erm....
  • .semuanya agak simple sebab baju beli 3 pasang. Warna merah menjadi tema pada tahun ini yang di pilih oleh Azlan :) . baju yang kedua pulak berwarna turqoise gitu..dan last skali kaler purple cair yang cantik jugak la. Baju sikit punyer banyak tapi g beraya 5 buah rumah jer tahun ni. Hahaha..sememangnya aku memang seorang yang x suka sgt pergi beraya ni. Dok umah pun masyuk ape...duit masuk gak. Well, x keje lg still dpt wit raye d usia 25 tahun hahha...Sooo Sweet....
  • Hari raya ke-2, Lan dtg beraya ke rumah dan malam tu g beraya la with my sister skali. Then, the next day iaitu raya ke-3, pergi beraya ke umah my uncle kat Beaufort dan terus ke umah Lan di Sipitang. Oh, tersangat lah kenyang sebab di hidangkan dengan sate,nasi,mee kari,ayam kicap, daging blackpaper, kelupis,buras,kek dan macam-macam lagi la. Kalau nak sebut semua memang jenuh nak menaip la jawabnyer...BTW nak kasitau..memang sedap..i tell u all....
  • X sangka dapat hadiah d hari raya kan. Dah rasa macam my birthday plak. Tapi, hadiah diberikan sangat bermakna. Perfume Nina Ricci dan t-shirt POLO. Oh, memang dah jadi favourite kami bersama membeli t-shirt POLO yang sama warna...sedondon gitu kalau dipakai. Thanks Lan....masuk kali ni dah 3 kali belikan aku perfume. Tapi semua x habis2 di pakai lg. bukan x nak pakai tapi sa
    yang sangat nak habiskan. Pemberian orang kan....Hihihi...TP kali ni aku janji akan habiskan semua perfume yang dihadiahkan tu. Satu di beli pada bulan Feb haritu masa Lan dtg Johor, satu lg Lan bagi pada bulan 6 dan baru-baru ni iaitu bulan 8 dapat lagi perfume baru..Wah, busuk kah aku ni sampai banyak kali nak bagi aku perfume? Hahaha...xkan...tapi saya tau, tiap kali dia beli perfume utk dia...dia akan beli juga untuk saya..TQ la...
  • Sila la enjoy melihat persiapan raya dan gambar-gambar yang tersedia di bawah ini :