16 April 2011

:: main masak-masak ::

  • Pertama sekali memang tersangat la boring bila hujung minggu datang menjelma. Lazimnya kami the Clay Dex akan menghabiskan hujung minggu dengan berjimba..namun semalam dah g berjimba...so, hari ni aktiviti main masak-masak kami lakukan di rumah. Idea ni tercetus secara spontan. Aku bab masak memasak kuih ni memang x da lah tau sangat. Mujur lah clay dex shie ni reti la buat kuih muih ni. Seperti minggu lepas resipi Vadeii..manakala minggu ni pula ialah kuih Keria. Oh, sedap sehingga x boleh nak kata apa lah. Serius sangat...masa buat tu terasa macam tengah main-main pulak. Hal ini kerana, aku kalau duduk rumah pun akan buat benda yang sama. Ketika mak aku sibuk membuat adunan kuih..part nak membentuk-bentuk tu aku memang cukup suka lah...sebab aku bole buat banyak jenis bentuk...Sometimes mak aku marah jugak hahha. By the way.....itu la yang sering aku lakukan. dan, semasa kes membuat kuih keria ni pun..aku memang x boleh bak buang perangai buruk tu hahaha.....Tapi aku nak cakap lah kan..kuih Keria tu memang sedap. Aku ni antara orang yang agak memilih jugak bab makan ni TAPI sampai part kuih ni....oh, memang sapu habis la. masa tgh buat pun da ngapp dengan baik punyer...... Huh...tetiba terfikir lak pas ni nak kena wat kuih ape plak...TAPI tu kena tanya shidah dulu dia reti ke x. Aku seorang penggemar kuih DONUT sebenarnya....Since skolah mmg suka donat hahah...tu masa sekolah rendah la....Naik sekolah menengah d Maktab tu....lazimnya kalau rehat akan makan butter bun dan coke...simple jer...minum coke sehingga dapat gastrik hahha..Pandai sgt kan.....
  • Sebenarnya, bila weekend jer sememangnya habit tido lambat tu akan makin menjadi2. Ni kalau balik Sabah nanti balik rumah gerenti mak aku kuarkan statement cm ni lg "aik, sudah jam 3 pagi blum tidur, nanti saya kasi minum ubat tidur baru tau" hahaha...sebab aku dah pernah kena ckp cam tu hahha...Risau mak... :) tapi, itulah hakikat seorang student kan. Macam duduk sini la, ada kerja buat sampai lewat malam, xda kerja dok senaman jari kat FB sehingga larut malam....xda kerja lagi dengar lagu..xda kerja lagi baca novel kalau da teruk sangat tahap gaban tu...xda kerja apa lagi...jimba time hahahha :)
  • Namun begitu, kepada semua yang berminat untuk membaca blog yang ntah ape-ape ntah ni...huhuh..semoga anda akan terhibur dengan gambar-gambar masakan yang di uploadkan pada minggu ini yer.....Ok..adios !

No comments: