13 April 2011

:: misi hari ini 12/4/2011 ::

  • Hari ini kami iaitu anak2 PS kepada PM Idrus telah merencanakan sesuatu bersempena dengan majlis ulang tahun PM yang ke 51 tahun. Bersesuaian dengan itu, kami pun merancangkan macam2 lah untuk PM kami tu. antara yang kami rancang kan ialah :
1. Beli Kek
2. Bagi Hadiah
3. Buat Card + Frame supaya PM leh letak atas meja dia
4. Buat Makan2 sikit
5. xkan makan jer kan..minum jugak la sekali :)
  • Ekspedisi hari ini ialah pergi ke Batu Pahat untuk membeli apa2 yang patut. Ekspedisi di mulakan seawal jam 4.00 petang. Bermulalah pengemberaan JKU yang di pandu oleh aku sendiri bersama dengan my fren Ecah. Lokasi pertama ialah Taman Parit Raja....ni pergi sebab nak amik Intan....(salah seorang anak PS Prof jugak). Selepas itu lokasi ke-2, kami pun ke Taman Universiti iaitu ke Kedai Gambar untuk mencuci gambar. Gambar itu yang telah d edit oleh editor yang tidak bertauliah iaitu aku. Hahah....(Maafkan saya PM, sy bukan seorang yang kreatif, tapi sy cuba jugak). Lokasi ke-3 ialah kedai RM2 untuk membeli frame yang bersesuaian dengan gambar yang telah di cuci...(xmampu beli yang mahal2....sbb tu g kedai rm2 jer). harga tak penting ok yang penting kualiti.
  • Setelah itu, lokasi ke-4 ialah Makmal Highway UTHM. Tujuan kami ke makmal ini bukannya saja2 tau..dan bukan juga untuk membuat eksperimen....tujuannya ialah untuk mengambil seorang lagi rakan iaitu Cik Wati. Setelah semuanya ada....Ops...sebenarnya xcukup lagi sebab ade sorang lagi iaitu Puan Afie. Hihihi..but dia x join hari ini. Perjalanan menuju ke BP Mall di mulakan dengan memandu pada kelajuan 60 km/j. Huh...kelihatan sangat berhemah yer..(padahal kalau kat highway tu klu x 130 x sah...)
  • Lokasi ke-5 kami ialah BP MALL ialah untuk mencari hadiah untuk PM kami ni. Mula2 nak belikan kemeja.....dah jumpa dah yg bersesuaian TAPI tak tau saiz la pulak. Maka perancangan itu terhenti di situ. Lokasi ke-6 pula ialah, kedai buku POPULAR yang sememangnya popular kat BP Mall tu. Hihihihi.....maka di situ ternampak la pen yang agak eksklusif untuk dijadikan hadiah kepada PM. So, kami pun memilih la pen yang berwarna putih sebagai hadiah. Walaupun harganya mungkin tak seberapa tapi pen itu memang sangat cantik...(sebab aku mmg suka kaler putih selain hijau yer...)
  • Seterusnya loaksi ke-7 ialah misi mencai kek untuk PM. Kek akhirnya berjaya di jumpai di kedai kek Family kat jalan shortcut nak g carrefour tu. Pernah g kedai kek tu before this sbb beli egg tart..masa tu kan gile egg tart sikit....skrg ni dah gile cheese cake plak. Kek yang di pilih jugak ialah kek yang berwarna putih dan sangat lawa...Seyes lawa....xsangka semua (4 org) kami sepakat untuk memilih kek tu...sehati sejiwa nampaknya dalam memilih kek. Hihihi.....
  • Lokasi ke-8 ialah untuk mencari kedai mengisi perut yang agak berkerongong. Sebenarnya dari bangun tidur kul 3.30 tu pun da agak pedih yer perut..Namun di gagahkan jugak....cari punya cari akhirnya intan mencadangkan untuk makan kat Johnnys Steamboat. Erm...aku kalau bab makan ni tak pernah nak menolak sebab aku makan jer semua benda kecuali la kalau makan kat kedai Vegetarian..Huh..mungkin aku xkan masuk kedai tu Hihihihi...... Makan punya makan....order punya order..huhu semua sedap kecuali air dia. Huh..semua sedap including desert aiskrim dia..but spoil bab air la....air teh pandan. Sebelum ni ak memang la minum teh dan aku tau teh campur pandan sebab my aunt kat JB klu g umah dia mmg buat teh bubuh daun pandan dlm teh tu..sedap la jugak.Tapi tu manis sbb ade gula....kat Johnnys ni hahahha...bapak segala tawar. Huhuhu...cian kepada mereka ber-3 yang makan tanpa meminum air. Aku minum jer la sbb dah x tanah akan kepedasan yang melanda diri. Huhuhu...tawar pun tawar la....hahahha...
  • Setelah selesai makan maka, perjalanan balik pun bermula..kami balik dan tiba d rumah pada jam 10:00 malam. agak penat but enjoy la sebab mencari2 barang untuk PM kan. Sambutan hari lahir supervisor kitorang. Ni bukan nak bodek tapi......menghargai jasa PM la..PM yang sangat baik dan sporting gitu....
  • Ok, seesok pagi akan pergi ke rumah Puan Afie untuk sesi masak-memasak. Hah..jgn x tau ok, kitorang akan masak sendiri..(sebenarnya tolong2 ape yg patut jer, yang masaknya afie n hubby dia). Hahaha.... So, sepetang esok iaitu jam 2.30ptg...sambutan hari lahir PM akan di adakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah UTHM. TQ to Kak has iaitu PA kepada PM yang siap membantu kami untuk buat surprise ni...siap booking kan bilik meeting lagi. Hope semuanya berjalan lancar la esok. Next story will be share esok OK ! ~adios~

No comments: