21 August 2011

:: bercinta ni bagaikan air pasang surut ::

  • Bercinta boleh di ibaratkan seperti air laut yang ada pasang dan surutnya. Kadang-kadang ada kalanya perasaan itu datang secara tiba-tiba dan ada kalanya perasaan itu hilang. Adakah itu cinta ? Namun kenapa dia seperti biskut chipsmore yang sekejap ada...sekejap tak ada ?. Kemusyikilan itu amat membingungkan seketika.
  • Kala sunyi datang bertandang, perasaan rindu itu turut sama meniti di dalam tangkai hati. Maka, bila perasaan rindu itu datang secara tiba-tiba hanya talian dapat d hubingi untuk melepaskan rindu. rindu merupakan sesuatu yang bersifat neutral. Ianya mempunyai pH 7 jika di ukur pada sifat kereaktifan kimianya. Rindu itu dtg secara tiba-tiba dan ianya sering datang pada mereka yang sedang mengalami percintaan jarak jauh.
  • Namun begitu, kadang-kadang bercinta boleh membuatkan seseorang itu berasa bosan. betul kah bosan? Sejauh manakah kebenaran ini ? Bercinta itu akan membosankan jika kita tidak ada topik untuk di kongsikan. Lazimnya, masa bercinta perlulah d manfaatkan untuk mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah melayu.....tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, barulah cinta.
  • Apa yang aku merepek ni ? Sebenarnya, aku saja nak kongsikan cerita tentang apa itu cinta. ini cinta menurut perspektif dan pandangan peribadi aku. Orang yang kita cintai tak semestinya kaya, tak semestinya berharta dan tak semestinya berkereta mewah. Cukup lah sekadar seorang yang bersikap sederhana dalam segala hal.
  • Jika di tanya kepada diri saya sendiri, sudahkah saya menemui cinta saya? Maka saya akan menjawab, saya sudah menemuinya dan Insyaallah dialah yang ditakdirkan untuk saya selamanya. Walaupun jauh, namun kepercayaan itu amat penting. Saling mempercayai antara satu sama lain....ya !!! itulah yang di tuntut dalam sesebuah perhubungan. Lebih-lebih lagi bagi yang melibatkan percintaan jarak jauh...itu seharusnya lebih trust each other.
  • Namun begitu, seperti awalnya bercinta itu semua indah. Namun, dalam sekotak kurma itu, tak semuanya manis. Pasti juga ada kurma yang kurang manisnya. Maka begitu juga lah dengan kehidupan kita. Sering di uji dan terus d uji untuk mengetahui sekukuh manakah sebuah ikatan cinta itu. Saya berdoa agar mereka yang sedang bercinta dan mereka yang sedang di cintai akan setia lah pada cinta. Sesungguhnya cinta yang kekal abadi itu adalah cinta pada yang maha agung iaitu Allah S.W.T dan cinta pada manusia hanya akan dapat d kecapi di dunia semasa mata masih terbuka, semasa nadi masih berdenyut, semasa perasaan itu masih ada. Olah itu, percaya lah pada cinta kerana cinta itu adalah sesuatu yang lahir dari hati seorang insan yang mulia.

No comments: