19 February 2011

:: Hasil Kerja-Ku ::

Hari yang di lalui dengan penuh kemalasan. Semuanya berpunca kerana, kononnya nak pergi jogging kat Bukit Soga…tapi di sebabkan kelewatan tidur semalam dan rasanya tidak bertenaga, so aktiviti itu tidak kami lakukan. Maka, bangun la lewat di hari Sabtu yang tenang itu iaitu hari ini lah J

Sememangnya sebangun dari tidur, sudah tentu akan menyantap sarapan. (padahal minum milo ngan makan bun jer…). Setelah itu akan menghadap laptop yang tersayang sehingga la mata mengantuk. Hari ni, memang full time depan laptop la. Ni la di katakana bila xda kerja so..lappy la peneman setia.

Setelah menjelang petang, maka tidak tahu apa yang patut di lakukan setelah melayan Korea selama 2 episod. Maka, melihat kepada keadaan JKU itu yang dah x berapa nak putih warnanya…maka aku pun mengambil keputusan untuk membasuh JKU siap pakej basuh, sabun dan polish lagi. (ingat nak vacuum dalam tapi xda vacuum la pulak hahaha). Operasi mem-facial JKU bermula pada jam 5.30 petang sehingga lah 6:50 petang. Huh..sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan sendiri..( tgk la pick at bawah nanti k, anda pasti teruja melihatnya).

Lenguh memang la lenguh kerana buat kerja basuh membasuh itu. Selalunya hantar kedai jer bayar RM10 dah siap.. tapi di sebabkan kemalasan untuk keluar rumah dan ingin mengeluarkan peluh di petang hari…so buatlah sendiri. Memang berpeluh….

So, esok pula dah hari ahad…apa pulak yang akan di lakukan esok? Huh..sememangnya sukar untuk di jangka kerana semuanya terjadi sebegitu sahaja…tanpa perlu di rancang. So, check it out later ok ! ~sayonara~

Gambar 1 : Sebelum di basuh....

Gambar 2: Setelah siap dibasuh, disabun dan di-polish

No comments: