16 February 2011

:: maafkan kesilapan setiap orang ::

Memaafkan adalah perkara yang amat sukar untuk di lakukan bagi sesetengah orang. Kemaafan yang di pohon itu mungkin akan dapat pada1 Syawal atau pada hari-hari tertentu. Kenapa perlu memohon maaf jika tidak melakukan kesilapan? TAPI mustahil pula jika kita yang hidup di muka bumi yang di kelilingi satellite ni X melakukan kesilapan walau sekecil zarah? Impossible kan….so, maafkan la..(tapi kalau dia pernah wat kita terluka sehingga parutnya masih ada sampai skrg macam mana..? ) Huh…walaupun parut tu di ubati dengan Bio Oil tuk menghilangkan kesan parut tu, namun ianya tidak boleh di hapuskan. So…ape cerr???? ( tiba-tiba terfikir…)

Masa kuliah GPS tadi, sebut pasal memaafkan orang tiba2 teringat kisah lampau. ( Haisshhhh…sepatutnya tak perlu terfikir ketika sedang kuliah). Terkena juga la dengan diri sendiri sebab masih tidak boleh memaafkan org itu…(rasa nak hentak kepala ke dinding kejap tuk lupakan semua memori lalu).Apa2 pun, past is past…apa yang penting just look forward Ok..

Hakikatnya semuanya berbalik kepada diri kita..kalau mahu memaafkan seseorang tu, biarlah tulus ikhlas dari hati sendiri. Kalau maaf hanya terungkap dari mulut tapi hati masih tidak boleh memaafkan semuanya tiada guna. So, apa2pun..kena lah ingat..sedangkan nabi ampunkan umat . (nasihat utk diri sendiri)

No comments: