25 August 2011

::apa khabar mu di sana ??

Setelah sekian lama berada di Sabah, tiba2 hati kecil ini terfikir sesuatu. Apakah khabar kereta kesayangan ku yang kini berada di rumah pakcik ku di JB ? Oh, sungguh aku sangat merindukan kereta Myvi SE Ivory White yang di belikan oleh parent aku pada tahun 2008. Harap2 my Cik Teh berada dalam keadaan sihat lah di JB itu. Tunggu kepulangan saya pada 13 September 2011 nanti yer kat Senai International Airport. Selepas itu, saya berjanji akan membawa kamu untuk di servis, membuang segala sisa2 kotor yang ada dlm perut kamu (oil change lah..).
Myvi SE, sememangnya pilihan utama mak aku. Kalau ikut aku, aku meminati Satria Neo. Namun mak aku cakap "oh,susahnya kereta tu, ada 2 pintu sana". Maka terbantut la segala hasrat untuk memiliki Satria Neo. Namun, sekarang bila tengok orang pakai Neo terasa geram plak tgk kereta idaman itu...tapi orang kata x semua yang kita nak kita akan dapat kan...So, hadiah daripada my lovely parents ni sebuah myvi se yang sgt cute pun aku sangat suka jugak. sangat ekonomi dari segi minyak, laju tu boleh la tahan sebab ak pernah bawak 140 km/j kat highway from JB to Pt.Raja. BTW, honestly nak kata aku rindu kereta aku .......
Inilah kereta kesayangan aku....JKU ****

No comments: