26 August 2011

:: iftar at mcD Centre Point ::

  • Betul kata orang...Kalau persahabtan yang berlandaskan keikhlasan itu akan kekal selamanya. Aku berkawan baik dengan Syah,Azza dan Alizah semasa sama2 menuntut di Maktab Sabah,Kota Kinabalu. Kami boleh di katakan antara geng yang sangat penuh dengan cerita yang x pernah habis. Kami selalu menghabiskan masa bersama untuk study group dan lazimnya pada hujung minggu kami akan ke library KK untuk study sama2. Lepas study tu, kami selalu melepak d tempat yang sangat di gemari remaja kota pada ketika itu iaitu Centre Point. Tempat ni mmg agak unik dan kalau tawaf banyak kali pun x bosan.
  • Kisah kami banyak sangat, ada suka ada duka. Macam-macam dugaan yang terjadi juga dalam persahabatan kami namun semuanya dapat di lalui dengan penuh ketenangan. Bagi kami, masalah yang timbul sepanjang persahabatan kami itu membuatkan kami menjadi lebih matang untuk memikirkan setiap masalah yang timbul. Honestly, aku mmg sayang sangat kat bestfriend aku ni.
  • Aku sememangnya antara orang yang banyak kawan. Ini kerana aku pernah bersekolah di Lahad Datu selama 15 tahun dan aku mempunyai kawan2 aku sendiri di sana yang juga merupakan kawan baik aku. Pendek kata, berkawan biar beribu,bercinta biar satu...Cheewah..CInta aku memang satu jer pun....Xda yang lain...
  • Tadi, kami hanya dapat berkumpul ber-3, memandangkan Azza yang belum balik dari Uniten. Mengikut perbualan melalui laman sosial FB, Azza akan menaiki flight pada malam ini jam 10 malam waktu Malaysia. Oleh itu, xdapat la berkumpul semuanya. Namun begitu, dapat berkumpul dan berjumpa even ber3 pun tetap happening sebab kami ni, nama saja umur 25 tahun namun perangai tidak sesuai dengan umur. Tapi, itulah dikatakan awet muda kan...
  • Semasa makan, erm...topik perbincangan kami ialah berkisarkan tentang "kahwin" kami asyik cerita tentang kwn2 yang dah kawin. Ada yang dah beranak 2, ada yang beranak 2, ada yang sedang mengandung, ada yang baru nak kawin. Huh, masing2 sibuk menceritakan hal orang. Kami ??? Ntah siapa dulu antara kami ber-4 ni. Tunggu la dulu seru siapa yang sampai dulu. Apa yang pasti, orang kata....masa jumpa td nampak sangat childhood friend membesar depan mata. Masing2 dah matang, xder lg nak serabai2 macam dulu. Tapi perangai x pernah berubah ialah...saling membuli antara 1 sama lain..Itu yang unik dalam persahabatan kami.
  • Apa2 pun, harapan aku apabila aku dan Sya dah kembali untuk selamanya ke Sabah selepas menamatkan Master...kami semua akan sering berkumpul n hangout sebelum ada yang berkeluarga antara kami. Rindu nak buat perangai2 gila macam masa sekolah dulu. Hahahha...Ok lah, nanti akan diceritakan kisah susulan tentang our neverending friendship ini !!!

No comments: