27 August 2011

::harapan ramadhan...::

Bila tibanya Ramadhan, semua orang pasti ada yang berasa gelisah dan ada juga yang berasa gembira. Hal ini kerana, datangnya bulan yang mulia ini hanya setahun sekali. Berkaitan dengan Ramadhan, ianya adalah bulan yang penuh dengan dugaan. Terlalu banyak peristiwa sedih yang berlaku dalam Ramadhan pada tahun-tahun yang sudah. Jika diceritakan satu persatu peristiwa sedih itu sudah pasti ianya akan mengamit kenangan masa lalu. Jadi, eloklah sekiranya peristiwa Ramadhan yang lalu itu dibiarkan berlalu. Jangan lagi menoleh pada perkara lepas.
Ramadhan tahun lepas adalah antara Ramadhan yang indah bagi diriku. Kerana ianya sangat membawa sejuta kenangan buat aku dan juga kawan-kawan ku yang sama-sama menyambung pengajian dalam Master in Civil Engineering di UTHM,Johor. Ramadhan lepas meninggalkan kenangan yang indah buat kami bersama. sehabisnya bulan Ramadhan, maka muncul pula bulan Syawal. Sehubungan dengan itu, terdapat peristiwa sedih di bulan Ramadhan tahun lepas apabila pada hari terakhir puasa iaitu pada 30 Ramadhan, Dia kehilangan kakak kandungnya yang selama ini terlantar di hospital akibat sakit buah pinggang. Maka dengan itu, Syawal yang lepas di biarkan berlalu begitu sahaja dan kami juga tidak menyambutnya bersama. Begitu indah perancangan kita namun habat lagi perancangan-Nya. Dia maha mengetahui, kita sebagai umatnya harus redha dengan ketentuannya.
Oleh itu, Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang pada tahun ini di harapkan akan memberikan makna buat dia sekeluarga. Begitu juga dengan kami yang terlalu excited nak beraya bersama-sama pada tahun ini. Tema?? hurm..tema tahun ini adalah dipilih oleh dia sendiri iaitu Merah Hati aka Maroon. So, aku pun telah berjaya membeli baju yang berwarna sedemikian yang dikehendakinya. Ngam x ngam warna tu nanti akan dipastikan pada hari raya pertama. Actually macam nak pakai kuning tahun ni, tapi dah dia kata Merah Hati, so...I follow....Insyaallah tahun depan akan memilih warna kuning kot...:) Raya tahun ni, kami akan balik ke kampung halaman my dad iaitu d Kg Pimping Membakut. Sebenarnya tahun-tahun pun memang akan balik beraya ke kampung my dad. Tidak ada giliran untuk balik beraya. Ini kerana, my mum adalah chinese, so dia x sambut raya bersama family. Thats why la kami balik ke kg my dad. Tapi harus d ingat, kami akan balik ke kg my mum pada tiap-tiap kali Chinese New Year sebab masa tu pulak family sebelah my mum akan berkumpul beramai2. Pendek kata 1 Malaysia lah katakan. Tapi, memang enjoy sangat sebab sambut Raya dan pada masa yang sama turut sama sambut CNY. Ini lah kelebihan kalau berdarah kacukan cina....Hahaha... ** Apa-apa pun...jom kita layan lagu raya di bawah ni. sure Best !!!!

No comments: