17 September 2011

:: diari seorang pelajar ::

  • Pada 13 Sept.2011 aku terpaksa mengembalikan diri semula ke alam sebagai seorang pelajar. Flight aku ialah pada jam 3.40 petang dari KK-JHB. Pada hari tersebut aku di hantarkan oleh kedua orang tua ku (mama & my dad). Terasa agak ralat kerana setelah sekian lama berada di rumah tiba masa untuk kembali ke kampus. Terasa sangat tersiksa jiwa dan diri ini. Selalunya balik dengan perasaan yang biasa namun kali ini, aku balik dengan perasaan yang tidak menentu. Mungkin kerana ada masalah sendiri bersama seseorang. Terasa sangat perasaan itu seperti mahu tak mahu nak balik. Tapi, harus juga balik kerana sudah tiba masa untuk meneruskan pengajian d semester yang terakhir. Insyaallah....jika tiada apa-apa halangan, aku akan menamatkan pengajian pada hujung Januari 2012 tahun depan. Doakan lah aku berjaya ya.
  • Perjalanan menaiki pesawat AK5465 mengambil masa selama 2J 20M. Entah kenapa pada hari tersebut aku terlalu penat. Mungkin sebab pada malam sebelum itu aku tidak dapat tidur kerana terlalu banyak perkara yang aku fikirkan. Bermula dari Sabtu malam tidak boleh tidur sehinggalah pada hari Selasa sebelum fly ke Johor. Huh, entah bila pesawat yang di naiki mula take off...yang aku sedar...setelah sejam penerbangan baru aku mula terjaga. Nampak sangat aku keletihan. Setibanya aku di Senai Airport, kereta ku my lovely JKU dah berada di luar siap sedia untuk di pandu untuk pulang ke Parit Raja. Nak di jadikan cerita, selalu balik cuaca OK but that day, otw balik tu hujan dan sehingga aku terlepas exit untuk masuk ke PLUS tol. Aku pun terus ke Skudai untuk mencari exit yang berdekatan. Aku berjaya masuk tol pada jam 7:00 mlm tapi sebelum tu aku singgah d Petronas sebelum tol untuk membeli sedikit makanan memandangkan keadaanku yang sangat memerlukan sesuatu untuk di kunyah kerana mengantuk. Pemanduan memerlukan masa lebih kurang sejam untuk sampai ke rumah. Sangat mencabar kerana memandu di hari hujan dengan banyak lori da pancaran lampu yang cukup memberikan kesilauan pada mataku yang sememangnya sudah rabun.
  • Setibanya di No.26 Jalan Manis 3, Taman Manis, Parit Raja Johor terdapat 2 orang housemate aku yang sudah berada di rumah sedang sibuk mengemaskan barang masing-masing. Begitu juga dengan aku yang mula sibuk memunggah barang dan mengemas barang serta pakaian2. Malam tu, setelah siap mengemas tepat jam 10:00 mlm barulah kami bertiga keluar ke Pop Cock untuk makan malam. Oh, sungguh lapar di tambahkan pula lidah aku yang terbiasa makan makanan di negeri sendiri....bila balik ke Johor semuanya serba tak kena kerana tom yam yang pedas, nasi goreng ikan masin yang pedas..huhuu...tapi its normal sebab baru jer kan. Nak kena tune balik lidah ni. Dah seminggu nanti ok lah tu.
  • Balik dari makan, seperti biasa...berbual2 kerana banyak sangat yang hendak dibualkan disebabkan 4 bulan x jumpa. Hihihi...lepas tu maka kami pun tidur sebab masing-masing pun letih. Keesokannya, kami ke U untuk menghadiri Jamuan Hari Raya U. Oh, kami kalau bab makan memangtak pernah ketinggalan. Tak kira itu makan free, makan kenduri, makan segala makan lah....kami pasti ada. Hahaha...Terbaik sangat sebab bila ada orang ygn di kenali memberikan aiskrim sekotak hahha......sangat lah suka. Tanpa rasa malu angkat jer sekotak tu berlegar2 di kawasan padang kawad palapes tu. Nak malu ape kan...sbb tu kan hak kita sebagai pelajar..Ko ada ? hahha...:) Okey lah, will share story lain bila ada mood nak tulis blog ok.

No comments: