10 September 2011

:: akan ku teruskan perjuangan ini ::

  • Bila bercakap tentang perjuangan, semamangnya ianya merupakan satu skop yang luas. Pejuangan membawa maksud yang sangat besar. Berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Maka begitu juga lah yang terjadi dalam kehdupan kita sehari-hari. Perjuangan untuk menuju kejayaan. Mudah di lafazkan kerana lidah petah untuk berkata namun, adakah dengan kudrat tulang empat kerat ini mampu untuk melaksanakannya? Itu lah yang menjadi persoalannya.
  • Seperti apa yang sedang ku alami. Aku kini sedang berjuang untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang mahasiswi yang sedang berada di salah sebuah IPTA untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana. Mudah pada nama tapi tidak pada hakikatnya. Mengambil jurusan Kejuruteraan Awam, adalah kesinambungan daripada apa yang aku dapat sebelum ini iaitu Diploma Kej.Awam dan Ijazah Sarjana Muda Kej.Awam. Ini lah perjuangan yang akan ku tempuhi apabila naik sem ini. Sem akhir pengajian adalah sem yang sangat mencabar. Begitu banyak yang perlu di buat dan ianya bertitik tolak juga dengan kekandan masa.
  • Aku akan kembali ke Johor untuk meneruskan sem akhir pada 13 September 2011 bersamaa dengan hari Selasa minggu hadapan. Kenapa aku balik hari Selasa? Ini kerana tiket balik hari tu adalah di beli pada tahun lepas ketika AA mengadakan promotion. Tiket aku cuma berharga RM 44 termasuk tax. Sangat murah bukan. Tapi, bila kembali ke Johor, maka akan bermulalah kisah sebagai seorang mahasiswi yang sibuk dan sudah pasti lah, makan, minum,tidur dan rehat semuanya akan menjadi tidak teratur disebabkan kerja yang berlambak-lambak. Harap dapat gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.
  • Berikut ialah checklist yang aku dah buat ketika cuti ni dan akan di laksanakan apabila sudah balik ke Johor nanti :
1. Berjumpa dengan Supervisor dan Co-Supervisor
2. Print Out borang soal selidik.
3. Minta surat daripada PPS untuk kebenaran berurusan dengan semua pihak.
4. Edarkan borang soal selidik kepada semua responden.
5. Menganalisis data soal selidik (SPSS)
6. Sediakan Data-Based untuk ASCIE UTHM.
7. Sediakan tesis (menaip dan terus menaip)
8. Bertemu dengan S/V dan minta pendapat/komen untuk penambahbaikan.
9. Kalau rasa stress wat tesis kena ada terapi minda sikir..iaitu jalan2,soping2 atau karok2.
10.Insyaallah, semuanya akan dapat di selesaikan dan akan VIVA padahujung bulan 12 nanti dan akan menamatkan pengajian pada hujung Januari 2012 nanti..Insyaallah....(doakan saya ok)
  • Oleh itu, di sebabkan semangat yang ada dalam diri ni seperti air pasang surut dan juga seperti terang dalam gelap...semangat untuk meneruskan perjuangan ini adalah dari ramai pihak seperti family, kawan-kawan dan juga my <3 one. TQ sebab jadi tukang support yang tak pernah jemu. Love u all...

No comments: