30 December 2011

:: penghujung cerita ::

  • Semestinya tajuk kali ini ialah tajuk yang amat pelik. Apakah makna disebalik tajuk ini ? Penghujung cerita??? Ya, ini lah penghujung cerita setelah sekian lama berada diperantauan negeri orang. Negeri Johor Darul Takzim. Seindah nama, secantik rupa dan sejuta memori sudah tercatat dan terpahat d Batu Pahat. Sungguh indah semuanya, ada yang pahit seperti hempedu namun tidak kurang juga yang manis semanis madu. 4 tahun setengah membawa pelbagai ceritera suka dan duka kehidupan. Namun itu semua ialah proses untuk menjadi lebih dewasa. Kehidupan ini sungguh unik kerana setiap masa dan detik yang berlaku akan meninggalkan seribu kenangan.
  • 19hb Jan akan menempuhi paper terakhir iaitu paper Air Pollution Engineering dan selepas itu akan pulang ke negeri asal iaitu Sabah tahan air ku yang ku cintai lagi ku rindui =]. Namun jika di tanya tentang perancangan....erm semestinya semua telah di rancangkan. Kerja ? Oh, itu mudah sekali kerana aku kan bekerja di mana sahaja tempat yang ditempatkan khas pada aku. Insyaallah...ada tempat yang sesuai untuk aku yg di tetapkan oleh Kerajaan Negeri pada aku.. Kalau ingkar...oh, kena bayar balik biasiswa ? Oh...indahnya membayar balik duit itu. Mungkin tidak...... Perancangan satu persatu telah di aturkan oleh bapa yg tersayang. Mungkin akan menjadi seorang pendidik dan mungkin juga akan menjadi seorang engineer.. Itu semua terserah kepada rezeki yang akan ditetapkan untuk aku.
  • Balik..Balik...dan balik. Nak balik sabah pun kena fikir tarikh. Yang pasti aku akan balik sebelum Raya Cina sebab CNY normally kami akan balik ke kg my mum lah kan for every year :).. So, may this year CNY will brings a thousands happiness for me n my family....
  • Just now, my bro kol tanya bila balik KK...huh...nampaknya kepulangan kali ini sememangnya kepulangfan yang sangat2 di nantikan. Ini kerana kepulangan kali ini ialah kepulangan selama-lamanya.... My bro tanya pasal kereta..nak shipping macam mana....dah dpt agent ka belum...da urus ka belum..Huh..he so caring but...i cant handle it by y own. Sgt tak suka untuk berurusan ketika ini. Kekangan masa dan kekangan kerja....BTW thanks to my bro yg caring ttg adikmu yg jauh d perantauan ni.

No comments: