31 December 2011

::SURIA DI PARIT RAJA ::

  • Tik..tok...tik...tok...telefon berbunyi menandakan ada bbm yang masuk. Oh ternyata itu ialah wake up bbm..Huhuhu...bila mata dah terbuka, sememangnya sukar untuk di lelapkan semula. Oleh itu, maka terkebil-kebil la wahai mata sementara jari-jemari ligat bermain d handphone...scroll dan terus scroll sehingga tiada lagi latest post kat FB. Setelah itu, maka mengambil masa untuk duduk dan memikirkan apa yang akan di buat hari ini. Keputusan di buat iaitu untuk membasuh kereta kesayangan yang sudah tidak seberapa nak comel. Ya, memang betul warna kereta itu ialah putih....namun apabila dilanda kekotoran, maka ianya sudah tidak putih lg. SO, setelah di basuh maka cerah la ia kembalu. Oh, my beloved JKU...3 minggu lagi kita akan berpisah kerana saya akan balik ke Sabah dan kamu juga akan balik ke Sabah cuma kamu balik lambat sikit dari saya. Saya akan tunggu kamu di Sabah yer JKU...
  • Fikir punya fikir, erm..terasa nak membasuh kereta menggunakan sabun tapi...sabun apa ek. Masuk ke bilik air lalu terlihat shampoo yang sudah lg sedikit nak habis. Perghhh...kereta aku pagi ni siap bershampoo dengan Clairol Herbal Essences berbau Rose gitu. Bertuah ko kereta sbb tuan punya kereta pun shampoo Head n Shoulders jer...Hihihi...Apa2 pun, setelah kamu bersih..makan di gilap pula dengan polish KEENPLUS yang d beli d BP Mall dulu. Mmg akan ku make up kan muka kamu seperti tuan punya kereta yang cute lg catik dan menawan....(puji diri sendiri.....ade aku kesah ! ) Hahahha...
  • Tik..tok..tik..tok..menerima BBM lagi d pagi hari. Oh, itu sudah pasti BBM dari si dia yang sangat caring kerana dia selalu saja memastikan aku sudah bersarapan atau belum Huhuhu.....kadang2 memang la belum sarapan sebab student ni selalunya branch jer....Breakfast + Lunch =Brunch huhhuhu...tapi....itu la hakikatnya. X padan dengan memiliki gastrik yang teruk tapi x serik. Tapi apa yang aku pasti...aku berjaya untuk tidak meminum Coca Cola lagi. Kuatkan hati dan sayangi diri...Kalau nak sakit sila la minum. Hehehe...
  • Perancangan tahun baru ? Oh itu semua sukar untuk diperkatakan kerana semuanya akan berlaku begitu pantas. Sejenak kita d tahun 2011 maka 2012 sudah bertandang. Terasa bagaikan ianya satu mimpi tapi.....ianya bukan lagi mimpi, ianya akan menjadi realiti apabila berlalunya detik 12.00am malam ini. Selamat Datang 2012 dan selamat tinggal 2011 yang penuh kenangan suka dan duka kehidupan. Moga 2012 yang akan bertandang lagi 12 jam dari sekarang akan membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua orang.... Amin.......
  • Azam tahun baru ??? Oh...itu akan di listedkan apabila menjelangnya detik 12.00 am malam ini. Apakah azam pada tahun 2012 ? Itu biar la saya revealkan kemudian. Apa yang penting, sematkan di dalam hati dan ..... ingatlah bahawa kita mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan.

No comments: