01 January 2012

:: 1/1/2012 ::

  • Kenangan lepas di tahun 2011 tetap tersimpan rapi dalam kotak fikiran ku. Terlalu banyak kenangan yang membuatkan aku ketawa dan menangis dan ada kalanya perasaan rindu itu datang bertandang apabila menatap fot-foto kenangan di tahun 2011. Masa berlalu begitu pantas tanpa kita menyedarinya.
  • Semalam buat terakhir kalinya kami berada di Dataran Batu Pahat ber-4. Kami menunggu detik tibanya 12.00am pada 1/1/2012. Ianya telah mencatatkan
    kenangan manis buat kami semua.Setelah setahun setengah bersama-sama, banyak kenangan dan memori suka duka kami semua. Semua akan hanya tinggal kenangan dan akan dikenang sampai bila2. Saya sayang ClayDex saya.
  • 1/1/2012 oh indahnya apabila semuanya semakin jelas berada di depan mata. Cinta dan cita-cita. Huh, harus didahulukan mana yang patut di dahulukan dahulu. Kepulangan kali ini akan lebih bermakna kerana kepulangan kali ini adalah untuk selamanya dan bukannya untuk seketika. Bermula episod baru dalam kehidupan dan tahun 2012 akan menjadi tunggak utama atas perjuangan diri ini. Semoga tahun 2012 akan lebih membawa keberkatan dalam diri, kebahagian dalam keluarga, kejayaan di dunia dan akhirat serta........oh itu sudah tentu harus di rahsiakan :)
  • Mungkin kah ? Betulkah ? Seriuskah ? Biar Betul ni ? Huh, semua persoalan bermain difikiran. Namun itulah hakikatnya...2012 sudah menjelang tiba. Bersamaa-sama menantikan detik coretan indah di tahun 2012 dan semoga ada yang lebih menarik untuk tahun ini....

2 comments:

Unknown said...

yeay...kin nak kawennn.....

Norhasikin Kassim said...

x lagi la cik nad...2012 sy da hbs blajar...berakhir sudah dunia sbg pelajar dan bermula la kisah hidup yang baru untuk memasuki alam pekerjaan... =]