13 January 2012

:: finally ::

  • Seperti terkejut secara tiba-tiba apabila melhat email yang datangnya pada jam 11.50pm. Sekembalinya ke meja untuk melihat FB terdapat satu email yang meminta-minta untuk di baca. Sekali buka, rupanya itu ialah email jemputan majlis perkahwinan. Mungkin agak menghairankan kerana kenapa perlu menjemput menggunakan email sedangkan sekarang sudah ada sms dan FB untuk invite orang lain kan...TAPI dalam kes ini amat berlainan. Kami x friend kat FB dan aku mmg x pernah accept request budak ni since bertahun2 yang lalu. Nak tau kenapa ? adalah punca serta sebab musababnya tu. Alih-alih nak jemput aku pergi makan kenduri kawin ko. Mungkin ko slah invite kot..dan untuk aku datang ke majlis ko, memang amat mustahil la setelah apa yang ko buat pada aku. Cukup sakit apabila diperlakukan begitu. Kalau ko ada depan muka aku, aku leper2kan muka ko macam roti nan cheese..aku baling-baling ko macam roti canai.
  • 3 tahun telah berlalu namun aku masih x boleh lupa kenangan pahit itu. Sakitnya apabila diri d tipu dan dikhianati sedangkan diri ini bersikap jujur. Oh, itu amat menyakitkan....tapi, benarlah kata pepatah...tiap-tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Pasti ada yang lebih baik yang direncanakan untuk kita. Insyallah......
  • Maafkan saja lah dia....maafkan la.....sering kali teman2 menasihatkan agar aku memaafkan dia namun amat sukar untuk aku memaafkan dia kerana aku terasa aku insan yang bodoh, ditipu hidup-hidup oleh budak ni. Lepastu nak jadi kawan aku pulak tu setelah apa yang dia dah buat pada hati aku ni. Kalau nak scan hati aku ni...da lebur macam emas 916 yang di kenakan suhu 100 darjah celcius kot. Sabar lah...sabar...mujur ada insan yang membantu yang sudi berada di saat susah dan senang. TQ my Kai Lan :)
  • Apa-apa pun, untuk orang yang menjemput ni, terima kasih atas jemputan itu namun untuk hadir...itu amat mustahil kerana....aku masih belum maafkan ko lagi. Namun begitu aku tetap doakan ko bahagia dengan pilihan ko hasil daripada tipu daya ko menipu aku selama 2 tahun..Oh, terasa bodoh diri ini ditipu oleh mu. Xpa, aku dah dapat yang lebih baik dari ko. ALLAH dah buka mata aku, buka hati aku, buka fikiran aku untuk orang yang betul2 ikhlas pada aku. Mungkin ko dulu pernah berada di carta teratas dalam hati aku..tapi itu dulu...Tapi sekarang ko dah xtersenarai lagi da...Sorry, even nak senaraikan ko sebagai kawan pun rasanya x layak lagi. Sorry to say la :)
  • TQ jemputan itu dan semoga ko berbahagia dengan dirinya. Anggap la ko dan aku x pernah kenal walaupun sebenarnya kita pernah kenal agak lama. Buangkan aku dari memori ko, buang semua pemberian aku dulu, buang semua gambar2 kita yg ada kat hp ko, gambar konvo poli,dan yang paling penting.....aku mau ko tau aku dah buang banyak benda...termasuklah gambar2 ko, pemberian2 ko, hadiah2 ko dan aku juga dah buang cincin pemberian ko. Walaupun ianya emas 916 tapi tiada makna untuk aku. Sekian....
  • Kalau ko terbaca la benda ni, mohon maaf sebab ni blog aku, suka hati aku la nak tulis apa...ko tak suka aku x kesah. :) Selamat berbahagia kawan lama =] . Peace no War !!!! Wassalam....

No comments: