10 January 2012

:: perpisahan itu ::

  • Mungkin perpisahan itu terlalu mudah untuk terjadi namun tidak sedia untuk berlakunya semua itu. Perpisahan setelah sekian lama bersama, membuat semua perkara bersama-sama tanpa ada rasa yang tersisa. Persahabatan yang lahir dari hati itu bermula dengan satu rasa yang ikhlas lagi tulus. Namun begitu, hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
  • Setelah setahun setengah kami berada di bumi parit raja menyambung master dalam Masters in Civil Engineering, kini tibalah masa untuk kami membawa haluan masing-masing. Sebentar tadi, Lyn telah pulang ke Melaka kerana pada hari isnin depan Lyn sudah mula bekerja d KL. Maka tinggal lah kami bertiga iaitu aku, Shidah dan Ecah. Kesedihan tidak dapat dibendung lagi. Air mata yang turun adalah air ata persahabatan yang ikhlas dari kami semua. Perpisahan itu sungguh menyedihkan dan terlalu pahit sekali apabila tiba waktu untuk berpisah.
  • Sungguh pun begitu, kami telah menetapkan iaitu pada awal bulan Jun 2012 kami akan mengadakan Reunion kerana kami ingin bercuti ke Janda Baik..Insyaallah..... Tiket flight juga aku dah beli. So, sememangnya pertemuan itu nanti pasti akan membawa sejuta keriuhan dan kenangan yang tidak dapat kami lupakan. Terlalu cepat masa berlalu sehinggakan tiba waktu untuk berpisah. Satu persatu memori indah bersama masuk menerpa ke kotak fikiran. Hanya air mata yang mampu mengingati semua itu. Aku sayang keledek2 aku.
  • Seorang demi seorang akan balik ke negeri masing-masing meninggalkan kenangan di rumah sewa kami. Rumah tempat kami berteduh, berkawan, nerkongsi suka dan duka serta segalanya. Semoga persahabatan kami kekal selamanya.

No comments: