23 March 2014

Bila Engineer Berniaga

Bersempena dengan konvokesyen politeknik kota kinabalu yang ke-18, maka kami iaitu staff2 WCT telah membeli satu tapak perniagaan untuk menjana keuntungan dan mengasah bakat kami masing2.

Penempahan tapak perniagaan telah dilakukan dengan jayanya kerana kakak aku orang dalam politeknik. Semua settle dalam sekelip mata. RM700 untuk tapak gerai dan RM 100 untuk cagaran kebersihan gerai. Oleh itu, kami me-LIST down kan menu2 utama kami seperti :

1. Nasi Lemak Biasa
2. Nasi Lemak Telur Mata
3. Nasi Lemak Rendang
4. Mee Goreng
5. Bihun Goreng
6. Nasi Goreng
7. Maggie Goreng
8. Burger Ayam, Daging
9. Aneka jenis air minuman
10.Air kotak dan air tin.

Perniagaan kami terpaksa beroperasi di waktu malam sahaja selepas waktu pejabat.  Hal ini kerana kami adalah engineer di siang hari. ( Siang hari pegang pen, malam hari pegang sudip ). Ini pengalaman pertama aku berdepan dengan orang untuk ambik order, lap meja, buat air, buat burger dan yang paling menarik aku da terer membuat teh tarik.( Sangat mendapat sambutan teh tarik buih 2 inci aku tau....)

Kami berkampung d tapak niaga polikk selama seminggu bermula dari 17 - 23 March 2014. penat memang penat tp keuntungan juga sangat banyak. Sehari 600, 700, 800 tu keuntungan purata sehari gerai kami. Alhamdulillah kerana masih boleh berniaga dan menimba pengalaman. Sebenarnya memang penat tp bila memikirkan nak menimba pengalaman....mmg sgt menarik. Tiba2 terfikir mcm mana makcik2 pakcik2 yg mmg kerja dia berniaga. Tak penat kah? ( Aku seminggu pun terasa nak tecabut pinggang ).

Bak kata org2 tua, bersusah-susah dahulu ... bersenang-senang kemudian..(Kalau mak aku tgk aku tarik teh...mak aku bangga gila) Heheheh

No comments: