25 March 2014

:: AWAL tapi LAMBAT ::

Bangun seawal mana pun di pagi hari tetap jugak lambat.  Semuanya adalah kerana, kemalasan untuk bangun awal pagi.  Bangun ja pagi terus kemas tilam n bantal semua.  Lepas tu terus masuk  ke bilik mandi untuk mandi. Lepas mandi baru nak iron baju kerja.  Aku seperti biasa, terkenal dengan seorang yang kemas, skema dan cool.  (Biasa aku pegi kerja mengenakan baju kemeja and Jeans and of cause la tudung kan).

Setelah siap, aku turun ke bawah untuk memasukkan ipad dan handpone ke dalam handbeg. (jgn ingat engineer g kerja x bawak handbeg tau..). Handbeg yang simple yang mampu memasukkan barang2 keperluan.  Aku pun dengan selamba start enjin kereta n panaskan enjin kejap.  Sempat main n kucing mak aku di rumah iaitu c kuning.  Lepas tu, aku pun bergerak la untuk ke opis. Dah drive lebih kurang 3km baru perasan HP xda pulak. Selalu  aku akan masukan HP aku (iphone 5) ke poket suar jeans aku. TP hari ni aku mcm nyanyuk sikit la pulak. Aku tertinggalkan d atas sofa d rumah d depan tv. Hurm....mmg sah la aku kena patah balik rumah n ambik.  Kalau x, habis la whtsapp arini terpaksa x dilayan.  (Masalahnya, semua urusan kerja masuk whtsapp).  SPM (Senior Project Manager) kitorang ni advanced sket, panggil meeting guna whatsapp jer.So, nampak x...nampak x...nampak  x betapa pentingnya handphone itu.

Aku dengan selamba drive kereta pada kelajuan 80km/j kerana yakin punch kad kat opis lambat 12minit. TP, to be honest la kan, aku x pernah mencatatkan dakwat merah ke punch kad aku selain dari hari pertama aku lapor diri untuk kerja d WCT.  (1st day report dah punch kad merah 8.15am)

Maka dengan itu, aku akan mengekalkan prestasi kehadiran yang baik ini.(Sebenarnya, dari zaman belajar dulu aku memang skema. Aku kena berada di bilik kuliah sekurang-kurangnya 15 minit awal daripada lecturer masuk). Sgt skema kan.  Alhamdulillah ,masa beajar dulu kwn2 serumah memang boleh ikut rentak aku yg kena dtg awl ke kuliah.

Ok, setelah itu aku sampai d opis jam 7.45am. Hihihi...still punch kad x merah lg hokeyyy. Budak skema lah katakan.  Dulu my colleague "Jue-QAQC" pun 1st impression dia kat aku...dia kata aku "skema". Memang kot kalau anak cikgu agak skema.  Masa study dulu, kalau org ponteng keluar curi2 dari ceramah kat dewan, aku adalah antara orang yang paling takut nak keluar dari dewan tu.  Sehingga lah beg aku semua kawan2 aku yang bawak. (So skema). Bukan skema, sebenarnya aku terlalu takut pada peraturan.  Memang di didik dengan disiplin yang tinggi.

Oleh itu, pagi ni duduk opis je.  Sepatutnya ada site walk jam 8.30am tapi big bos (Mr.Lee) cakap kat aku x payah pergi site sebab dah ada 2 orang QAQC lelaki yang turun.  Aku boleh la fokus on paperwork kat opis ni.  TP memandangkan aku agak malas, maka sempat la aku mencoretkan sedikit ke atas blog yang aku rasa lama betul aku x update.

By the way, any hot news or kalau ada apa nak share aku akan updatekn lagi.

Adios !

Nukilan : NORHASIKIN KASSIM

No comments: