26 March 2014

:: Cinta Kilat ::

Kenapa aku memilih untuk mengupdate blog dan meletakkan tajuk "Cinta Kilat"?. Sudah pasti menjadi tanda tanya kepada semua yang membaca blog ini kan.  Cinta kilat bukan lah bermaksud kita suka bila adanya kilat tapi, dalam erti kata lain...cinta kilat ialah cinta yang pantas, sekelip mata, terang, jelas, zup...zup...zup...mcm kilat gitu....

Kisah hari ini ialah kisah tentang kehidupan aku sekarang.  Berumur lebih kurang 27 tahun 10 bulan .  Jika dahulu aku sendiri malas nak share pasal life aku but...sekarang aku rasa ianya adalah satu diary hidup aku.  Status ? Aku telah bertunang dengan seorang lelaki yang diberi nama Mohd Azlan Bin Janatun. Kisah kami sangat unik kerana semuanya bermula dari persahabatan.

Kisah kami sangat simple. Bermula semasa kami sama-sama dalam pengajian diploma di Politeknik Kota Kinabalu.  Aku mengambil Diploma Kejuruteraan Awam manakala dia mengambil Diploma Akauntansi.  Pada mulanya kami kenal sebab diperkenalkan oleh kawan-kawan.  Kawan baik aku Ratna adalah classmate dia yang amik course yg sama dengan dia. So, memang selalu la terserempak sbb kawan aku Ratna selalu jumpa aku.

Pada suatu hari, pada tarikh yg aku pun x ingat (xpenting sbb tu x ingat) tapi aku ingat tahun dia. Pada tahun 2006, satu salam telah dihulurkan kepadaku melalui kawannya yang mana kawannya itu aktif berpersatuan macam aku. Aku ialah Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik KK, aku juga Setiausaha Kelab Kaunseling dan Kerjaya, aku juga ialah Setiausaha Kelab Kejuruteraan Awam. Salam di kirim melalui kawannya yang sama-sama dalam Persatuan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik KK iaitu Hazizul. pada mulanya aku blur sbb aku x kenal siapa yg kirim salam ni. Info yang aku dapat ialah 'dia berbangsa brunei mcam aku jugak'.

Bila hari-hari berlalu, satu friend request masuk ke Friendster ku.  Orang itu menggunakan nama AzLan. Aku lihat profile picture dia dan lantas berkata 'oh, budak poli jugak'. Aku pun approved.  Kami rajin berbalas komen d Friendster (FS). Dia sgt jujur sebab semua benda yg aku tanya dia jawab dengan betul. Dia bgtau dia kawan Ratna, budak Dip.Akauntansi (DAT), kawan Hazizul PRS.

Kami pun berkawan la. Kawan kat alam maya selama bertahun-tahun tanpa sebarang prasangka.  Tapi apa yang aku dapat simpulkan, dia sgt caring dan supportive. Bila ada masalah atau stress study, dia akan bg aku semangat.  Banyak kenangan d FS pada masa itu. Kami bertukar no.hp dan pada suatu hari ketika aku main bowling dengan kawan2 aku....ada irg miscalled. No yang berakbir dengan angka 5959. Memang x layang la siapa yg miscalled.  Aku htr satu SMS untuk bertanya siapakah . Kalau setengah org mungkin diorang suka mempermainkan org lain kan.  Tapi dia ni pelik, terus jujur bagitau yang dia Azlan dan dia nampak aku d bowling sedang main bowling.Dia pada masa tu beza 3 lane dari aku.(Ternyata minat kami sama)

Setelah itu, dia tau yang aku sambung study ke Johor sementara pada masa itu dia bekerja d Lembaga Pertubuhan Peladang.  Seperti biasa hubungan di alam maya kami teruskan cuma kali ni up sikit.  Kami guna facebook pula.  Sering berbalas komen d FB dan sering kali dia suka komen setiap pic yang aku upload d FB.Kami memang kawan yg sgt mengambil berat antara 1 sama lain.

Tiba-tiba teringat kali pertama kami keluar berdua. Itu pun sebab dia nak jumpa aku sgt.  maklumlah aku di Johor manakala dia pulak di Sabah.Maka, pada 12 Feb 2010 adalah hari pertama kami keluar menonton wayang bersama. Masa tu confuse kejap kenapa dia memilih untuk menonton wayang bertajuk 'Valentines Day'.Aku pun layan la cerita tu sebab aku ni jenis yang layan semua jenis cerita. Hbs wayang kami makan d McD CP. Lepas makan kami pun pulang.  Masa tu dia x ada kereta lg .So, aku htr la dia pergi majlis kahwin d rumah kawan dia d Likas. Dia drive la Toyota Unser milik ayah aku yang aku pinjam setiapmkali aku balik Sabah.

Sekepas itu, hubungan alam maya kami teruskan lagi.Aku d Johor  dan dia d Sabah. PJJ atau lebih dikenali sebagai Percintaan Jarak Jauh. Memang susah kalau PJJ ni. Kalau x kuat memang boleh putus separuh jalan. Alhamdulillah kami berjaya melaluinya. Paling lucu bila dia 1st time nak jumpa my parent....siap bawak "Cheese Cake" pulak tu sebab dia tahu aku mmg minat cheese cake. Yang specialnya, cheese cake tu mak dia yang buat sendiri.  Kesian la jugak sebab dia bawak kek tu naik bas woo......(Masa tu dia dah beli kereta tapi dia tak bawak ke Ranau, sebab dia kata dia x guna sgt kereta d opis...opis dan rumah 7 langkah da sampai).
Aku masakkan dia spagetti je masa dia nak dtg rumah. (Hahah....western sangat tau aku)

So, bila my parent dah tau dgn siapa anak cute diorang ni berkawan, tiada lah masalah lagi sebab mereka pun dah kenal Azlan atau aku akan panggil dia "Lan". My first impression pada dia ni. Erm...seorang yg kemas, bergaya, pembersih, menepati masa dan cool.  First impression dia pada aku pulak (ni yang lucu nak bgtau ni..) dia ckp aku manja, anak bapak, keras kepala, bijak dan pendengar yang baik.  Dia x tau aku ni panas baran jugak.. Hahaha...

Almost 4 years kami PJJ dan lepas dia balik umrah bulan Feb.2013 dia kata 'jom bertunang'. Wo..wo..wo...terkejut beruk. Pasal dia ni tiba2 pulak nak bertunang. Siap tetapkan pulak tu semua. Kita tunang 8/6/2013 okey. Kita tunang setahun then tahun berikutnya kita kawin. (Wah..ni mmg gila ni...ingat ajak kawin mcm tu je ker?). Aku suruh dia cakap sendiri kat parents aku. Sebab aku bukan decision maker. Aku masih lagi ada my dad yg harus d hadapi. Hehehe...... Dia dengan confident ckp (Okey, nanti dia jumpa bapa....). Ok, kelihatan kali ini dia memang sangat serius.  Mungkin sudah terbuka hati. (Sebenarnya pernah dua kali dia ajak untuk bertunang tapi....aku ckp "selagi aku x hbs belajar, jgn la tunang2". Dia sgt faham pendirian aku. AKu bukan takut apa...aku takut dia x boleh jujur dengan aku sebab "PJJ". Dia d Sabah dan aku pulak di Johor. Aku risau nanti ada yang berubah hati.  So, jangan ambil risiko.

Setelah itu, upacara merisik dilakukan pada 25 Mei 2013. Sebelum itu, adat Brunei ni ada pelik sikit. Dia ada beberapa stage yang perlu di lalui.  Antaranya ialah :

1. Merisik

2. Bertunang
3. Hantaran (Naik Duit)
4. Majlis Akad Nikah

5. Malam Berinai(Malam Berbedak)
6. Majlis Jamuan Makan (Resepsi)

Maka dengan itu, kami terus gabungkan upacara (2) dan (3) pada 8 Jun 2013.  Kenapa 8 Jun ??? Ni ada sebab tersendiri.  Sebab yang utama ialah sebab kami berdua dilahirkan pada tahun 1986. Maka kami memilih tarikh 8/6 sebagai tarikh kami mengikat tali pertunangan.Kehidupan di jalani seperti biasa. Bersama-sama ini ada beberapa keping gambar ketika majlis pertunangan tahun lepas 8/6/2013.

Hantaran 9 dulang (dari pihak lelaki) berbalas 11 dulang dari pihak perempuan)

Coklat yang kami tempah untuk majlis pertunangan pada 8 Jun 2013

Kek Pertunangan yang di tempah khas d Gateu Cake House

Sekitar Majlis Pertunangan 

Antara kawan-kawan sekerja yang hadir

Future mother in-law menyarungkan cincin mengikat tali pertunangan

Merah adalah tema pada majlis pertunangan 8 Jun 2013



No comments: