07 May 2011

:: TRaGEDI 7 Mei 2011 ::

  • Hari ini adalah hari Sabtu. Aku dan kawan2 ku iaitu ClayDex tersayang bercadang untuk study di Library UTHM yang tersergam indah. Hal ini kerana kami ingin study bersama2 untuk subjek Modelling in Water Resources Management. Masuk library selepas makan tengah hari kat KKTDI.. Kepada mereka yang tak tahu...KKTDI tu Kolej Kediaman Tun Dr.Ismail. Memang selalu makan kat situ sebab sedap dan murah :). Maklum la...student mana ada duit nk mkn kat tempat mahal2 woi...
  • Study punya study..sampai la tiba2 aku tersedar akan ketiadaan beg duit ku bersama ku. Menggelabah gila wei..Aku rasa macam tiba2 dunia berhenti berputar. Perkara pertama aku fikir ialah IC aku. Aku da la nk kena naik flight kan..for sure la IC tu penting...pastu perkara kedua aku fikir ialah Kad Kredit yang di amanahkan oleh my mum kepada aku. Kad kredit guna secara bijak..bila da hilang purse mmg aku rasa separuh jiwa ku pergi. Nak amik duit, amik la.....janji pulangkan kad2 bank aku, IC, lesen dan segala isi perut purse aku huhuhu....
  • Setelah berpusing2 ke Bilik Locker, Kaunter Library, Bilik Kawalan Library yg da tutup, Pondok Pengawal UTHM, Pejabat Pengawal UTHM, Kedai Makan Seri Manggis kat KKTDI, Pejabat Kolej Kediaman KKTDI yang tutup....semua tu aku pergi bersama Lyn...( Thanks Lyn)... aku d rampok..aku d rampok hahha...Buat lawak sebab nak sedapkan hati. Padahal aku mmg nak menangis da time tu. Dada memang dah rasa sangat sebak time tu...Tunggu air mata tumpah je. terpaksa buat lawak dan buat mcm xda apa2 terjadi..klu x macam tu mmg da menangis la jawabnya..Huhuuhu...
  • Lepas pusing2 satu UTHM, aku dan Lyn kembali ke Library...pusing2 kat Library plak lagi. Pastu baru jer melangkah masuk pintu library..Encik yang dari awal lg tolong aku dan bersama2 dengan aku mencari purse aku yang hilang tu bagitau yang purse aku ada kat kaunter. Dia suh amik kat kaunter. Alhamdulillah lah.....ak time tu rasa macam bersyukur sgt sebab aku dapat balik purse aku. Alhamdulillah...TQ Allah.... Tapi, isi dalam tu mmg x payah tanya la kan...nasib baik aku ni memang suka menyelitkan duit kat dompet. Agaknya dia x nampak duit yang aku selit tu. Kalau nampak....mau papa kedana aku d buatnya..Dia cuma tinggalkan 80 sen huhuhu...see..only 80 sen huhuh...nak nangis pun ada masa tu..Tapi bila tgk kat tempat aku selit duit tu..ada la yg d selit tu...tapi tetap jugak ada yg hilang...yang x selit mmg hilang la... (Kalau aku tau sapa amik ..aku sumpah dia jadi katak puru tau.. =) ...
Apa yang dapat mengajar aku hari ni ialah nasihat2 yang di berikan oleh kakak, mak, dad, adik dan kawan2 sekalian...
  • 1. Jangan Cuai (My Sis kata)
  • 2. Tabah Hadapi Dugaan (My kaiLan kata)
  • 3. Duit Bole Cari (My Mum Kata...Tapi kalau kad mama hilang..nanti mama bayar angin plak)
  • 4. Relax la..jgn marah2..(Sudah jumpa jugak kan...my dad kata kat my mum n sis...TQ dad !)
  • 5. Knapa jua cuai ni? Lain kali jgn cuai..( My adik nasihat kan kakak dia ni tadi hihihi)
To My ClayDex...aku di rampok..aku di rampok...TQ korang...aku dah buat korang panic hari ni kan. Sory tau.. Ecah, Tq yer n tq tlg teman shie kat Library seketiadaan aku n Lyn....Shie Tq jugak sbb jg barang kat Library..Lyn TQ sesangat sbb teman aku pusing2 U td mencari sang purse yang hilang...Aku akan Bawak BEG kemana-mana aku pergi, untuk mengelakkan purse tercicir lagi. Bak kata kakak aku beli purse yg leh gantung kat leher hahha.
Itulah Tragedi 7 Mei 2011....
( aku d rampok..aku d rampok.....tas ku keciciran ..polisi..polisi...tolong aku deh..)

16 April 2011

:: main masak-masak ::

  • Pertama sekali memang tersangat la boring bila hujung minggu datang menjelma. Lazimnya kami the Clay Dex akan menghabiskan hujung minggu dengan berjimba..namun semalam dah g berjimba...so, hari ni aktiviti main masak-masak kami lakukan di rumah. Idea ni tercetus secara spontan. Aku bab masak memasak kuih ni memang x da lah tau sangat. Mujur lah clay dex shie ni reti la buat kuih muih ni. Seperti minggu lepas resipi Vadeii..manakala minggu ni pula ialah kuih Keria. Oh, sedap sehingga x boleh nak kata apa lah. Serius sangat...masa buat tu terasa macam tengah main-main pulak. Hal ini kerana, aku kalau duduk rumah pun akan buat benda yang sama. Ketika mak aku sibuk membuat adunan kuih..part nak membentuk-bentuk tu aku memang cukup suka lah...sebab aku bole buat banyak jenis bentuk...Sometimes mak aku marah jugak hahha. By the way.....itu la yang sering aku lakukan. dan, semasa kes membuat kuih keria ni pun..aku memang x boleh bak buang perangai buruk tu hahaha.....Tapi aku nak cakap lah kan..kuih Keria tu memang sedap. Aku ni antara orang yang agak memilih jugak bab makan ni TAPI sampai part kuih ni....oh, memang sapu habis la. masa tgh buat pun da ngapp dengan baik punyer...... Huh...tetiba terfikir lak pas ni nak kena wat kuih ape plak...TAPI tu kena tanya shidah dulu dia reti ke x. Aku seorang penggemar kuih DONUT sebenarnya....Since skolah mmg suka donat hahah...tu masa sekolah rendah la....Naik sekolah menengah d Maktab tu....lazimnya kalau rehat akan makan butter bun dan coke...simple jer...minum coke sehingga dapat gastrik hahha..Pandai sgt kan.....
  • Sebenarnya, bila weekend jer sememangnya habit tido lambat tu akan makin menjadi2. Ni kalau balik Sabah nanti balik rumah gerenti mak aku kuarkan statement cm ni lg "aik, sudah jam 3 pagi blum tidur, nanti saya kasi minum ubat tidur baru tau" hahaha...sebab aku dah pernah kena ckp cam tu hahha...Risau mak... :) tapi, itulah hakikat seorang student kan. Macam duduk sini la, ada kerja buat sampai lewat malam, xda kerja dok senaman jari kat FB sehingga larut malam....xda kerja lagi dengar lagu..xda kerja lagi baca novel kalau da teruk sangat tahap gaban tu...xda kerja apa lagi...jimba time hahahha :)
  • Namun begitu, kepada semua yang berminat untuk membaca blog yang ntah ape-ape ntah ni...huhuh..semoga anda akan terhibur dengan gambar-gambar masakan yang di uploadkan pada minggu ini yer.....Ok..adios !

13 April 2011

:: PM Birthday Celebration 2011 ::

:: misi hari ini 12/4/2011 ::

  • Hari ini kami iaitu anak2 PS kepada PM Idrus telah merencanakan sesuatu bersempena dengan majlis ulang tahun PM yang ke 51 tahun. Bersesuaian dengan itu, kami pun merancangkan macam2 lah untuk PM kami tu. antara yang kami rancang kan ialah :
1. Beli Kek
2. Bagi Hadiah
3. Buat Card + Frame supaya PM leh letak atas meja dia
4. Buat Makan2 sikit
5. xkan makan jer kan..minum jugak la sekali :)
  • Ekspedisi hari ini ialah pergi ke Batu Pahat untuk membeli apa2 yang patut. Ekspedisi di mulakan seawal jam 4.00 petang. Bermulalah pengemberaan JKU yang di pandu oleh aku sendiri bersama dengan my fren Ecah. Lokasi pertama ialah Taman Parit Raja....ni pergi sebab nak amik Intan....(salah seorang anak PS Prof jugak). Selepas itu lokasi ke-2, kami pun ke Taman Universiti iaitu ke Kedai Gambar untuk mencuci gambar. Gambar itu yang telah d edit oleh editor yang tidak bertauliah iaitu aku. Hahah....(Maafkan saya PM, sy bukan seorang yang kreatif, tapi sy cuba jugak). Lokasi ke-3 ialah kedai RM2 untuk membeli frame yang bersesuaian dengan gambar yang telah di cuci...(xmampu beli yang mahal2....sbb tu g kedai rm2 jer). harga tak penting ok yang penting kualiti.
  • Setelah itu, lokasi ke-4 ialah Makmal Highway UTHM. Tujuan kami ke makmal ini bukannya saja2 tau..dan bukan juga untuk membuat eksperimen....tujuannya ialah untuk mengambil seorang lagi rakan iaitu Cik Wati. Setelah semuanya ada....Ops...sebenarnya xcukup lagi sebab ade sorang lagi iaitu Puan Afie. Hihihi..but dia x join hari ini. Perjalanan menuju ke BP Mall di mulakan dengan memandu pada kelajuan 60 km/j. Huh...kelihatan sangat berhemah yer..(padahal kalau kat highway tu klu x 130 x sah...)
  • Lokasi ke-5 kami ialah BP MALL ialah untuk mencari hadiah untuk PM kami ni. Mula2 nak belikan kemeja.....dah jumpa dah yg bersesuaian TAPI tak tau saiz la pulak. Maka perancangan itu terhenti di situ. Lokasi ke-6 pula ialah, kedai buku POPULAR yang sememangnya popular kat BP Mall tu. Hihihihi.....maka di situ ternampak la pen yang agak eksklusif untuk dijadikan hadiah kepada PM. So, kami pun memilih la pen yang berwarna putih sebagai hadiah. Walaupun harganya mungkin tak seberapa tapi pen itu memang sangat cantik...(sebab aku mmg suka kaler putih selain hijau yer...)
  • Seterusnya loaksi ke-7 ialah misi mencai kek untuk PM. Kek akhirnya berjaya di jumpai di kedai kek Family kat jalan shortcut nak g carrefour tu. Pernah g kedai kek tu before this sbb beli egg tart..masa tu kan gile egg tart sikit....skrg ni dah gile cheese cake plak. Kek yang di pilih jugak ialah kek yang berwarna putih dan sangat lawa...Seyes lawa....xsangka semua (4 org) kami sepakat untuk memilih kek tu...sehati sejiwa nampaknya dalam memilih kek. Hihihi.....
  • Lokasi ke-8 ialah untuk mencari kedai mengisi perut yang agak berkerongong. Sebenarnya dari bangun tidur kul 3.30 tu pun da agak pedih yer perut..Namun di gagahkan jugak....cari punya cari akhirnya intan mencadangkan untuk makan kat Johnnys Steamboat. Erm...aku kalau bab makan ni tak pernah nak menolak sebab aku makan jer semua benda kecuali la kalau makan kat kedai Vegetarian..Huh..mungkin aku xkan masuk kedai tu Hihihihi...... Makan punya makan....order punya order..huhu semua sedap kecuali air dia. Huh..semua sedap including desert aiskrim dia..but spoil bab air la....air teh pandan. Sebelum ni ak memang la minum teh dan aku tau teh campur pandan sebab my aunt kat JB klu g umah dia mmg buat teh bubuh daun pandan dlm teh tu..sedap la jugak.Tapi tu manis sbb ade gula....kat Johnnys ni hahahha...bapak segala tawar. Huhuhu...cian kepada mereka ber-3 yang makan tanpa meminum air. Aku minum jer la sbb dah x tanah akan kepedasan yang melanda diri. Huhuhu...tawar pun tawar la....hahahha...
  • Setelah selesai makan maka, perjalanan balik pun bermula..kami balik dan tiba d rumah pada jam 10:00 malam. agak penat but enjoy la sebab mencari2 barang untuk PM kan. Sambutan hari lahir supervisor kitorang. Ni bukan nak bodek tapi......menghargai jasa PM la..PM yang sangat baik dan sporting gitu....
  • Ok, seesok pagi akan pergi ke rumah Puan Afie untuk sesi masak-memasak. Hah..jgn x tau ok, kitorang akan masak sendiri..(sebenarnya tolong2 ape yg patut jer, yang masaknya afie n hubby dia). Hahaha.... So, sepetang esok iaitu jam 2.30ptg...sambutan hari lahir PM akan di adakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah UTHM. TQ to Kak has iaitu PA kepada PM yang siap membantu kami untuk buat surprise ni...siap booking kan bilik meeting lagi. Hope semuanya berjalan lancar la esok. Next story will be share esok OK ! ~adios~

11 April 2011

:: sedetik lebih.....presentation time ::

:: apabila di ajukan soalan oleh DR. ini lah jadinya..::
:: Senyum sebab dah present kan.... ::
:: org present kat depan...kita bgambo kat blakang.. ::
:: x habis2 ngn PEACE n kepala ala2 sharlinie dia... ::
:: oh...so cool nampaknya, padahal hbs present jer semua dok pakat meneguk air masing2::

04 April 2011

Zivilia Band - Aishiteru

:: Suddenly Rasa Macam Lagu Ni Lagu WAJIB DENGAR ::

::peristiwa di mesin ATM ::

Hari ni aku ada la kelas seawal jam 10 pagi. tak tahu la tu awal ka x kan but aku rasa awal la tu. gerak dari rumah pun da kira lambat jugak la di tambah pula kena singgah stesen minyak sebab minyak kereta aku da lip lap lip lap. So, singgah lah untuk mengisi minyak. Isi punya isi Ops.....jam da menunjukkan lagi 5 minit jam 10:00 pagi. Huh...punya la pecut nak g kelas. Aku kan budak bayek...mana pernah masuk kelas lambat hihihi.......
Ok, kelas pun berjalan seperti biasa dan berakhir pada jam 1:00 petang. Seperti yang di rancang, aku bersama Ecah memang akan ke BP bukan BP stesen minyak tu tau..ni BP yang aku maksudkan ialah Batu Pahat. Untuk tujuan apa, itu x penting untuk korang tahu hahaha...sebenarnya untuk menjelas kan saman parking MPBP. Padan la dengan muka aku sebab x pamerkan kupon parking kat depan cermin kereta. Kan dah kena hahahaa....selalu dah kena benda ni tapi x pernah nak beringat. Kat Melaka dah kena, Kat JB dah kena, Kat BP dah kena...hihihi padan la muka kan...BUT its only RM30 la..kalau RM 300 sah-sah la aku kena mintak bantuan kepada sumber utama aku iaitu Pa & Ma. Hihihi....ni pun ak melangsaikan saman ber-tong-tong bersama my fren Lyn. So, next tiime beringat2 lah kan.
Sebelum g BP tu, aku singgah la kat mesin ATM kat dalam U ni...tengah2 queue tu, aku d sapa oleh seorang budak. Muka ingatkan dak Semenanjung..x budget pun dia tu budak Sabah. Tiba2 dia tegur..(Ikuti Perbualan seperti di bawah ini :)
Budak : Kakak ni ex-PoliKK kan.
Aku : Ya, kenapa ya ? Macam mana tau ?
Budak : Saya junior kakak rasanya....
Aku : Oh, ya la..kakak batch2 awal2 tu...Kamu amik kos apa?
Budak : Saya Awam.....
Aku : Oh..sama lah kita tu bah.... (Bah tu wajib ok..)
Budak : Kakak ka yang sambung master di sini ?
Aku : Hah !! (Blurr Sekejap)
Aku pun menjawab.....ya, smbung sini.
Budak : Kakak ni adik Puan Shima ka?
Aku : Ya, saya la adik dia..kenapa sama ka muka kami ? Hihih
Budak : Ada la iras2 tu..sebab tu saya tegur.
Aku : Bah ok la..kakak mau akim duit dulu.
Budak : OK kak...(kami pun bersalaman) -End of the Story -
:: kesimpulannya, rupa-rupanya tanpa ku sedari ada jugak orang yang kenal aku dan aku x kenal dia.... ::